Sensitif dengan DAP, punca ADUN Rembia sertai Pas

MELAKA – “Memaksa saya berkawan dengan DAP ia sangat sensitif. Disebabkan itu saya keluar menyertai Pas,” tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis.

Dalam ucapannya, Jailani memaklumkan keputusan untuk menyertai parti itu kerana mempunyai ‘akidah’ dan perjuangan yang sama.

“Ini perkara yang tidak boleh dijual beli. Soal perjuangan dan pendirian bukan perkara main-main.

“Kerana pada PRN Melaka lalu, saya dijanjikan oleh beberapa kepimpinan tertinggi yang mengatakan UMNO tidak akan bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP,” katanya semasa berceramah di Unit Daerah Mengundi (UDM) Meranto, Gua Musang pada Ahad malam.

Menurut Jailani, disebabkan hal itu beliau dilabel sebagai pengkhianat kerana keluar daripada UMNO dan menyertai Pas sejak Jun tahun lalu.

Tegasnya, ekoran tindakan berkenaan beliau diugut akan disaman oleh UMNO sebanyak RM100 juta yang boleh membuatkannya bangkrap.

“Orang kata masuk Pas dapat duit ke? Dapat sengsara ada kerana diugut dengan saman RM100 juta yang boleh menyebabkan bangkrap,” kata beliau.

Pada Sabtu lalu, UMNO sudah menghantar notis tuntutan (LOD) kepada Muhamad Jailani untuk pembayaran ganti rugi dan pampasan sebanyak RM100 juta ekoran tindakannya menyertai Pas.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Jailani perlu melunaskan pembayaran tersebut kepada parti.

Related Posts

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

KUCHING – Parti Sedar Rakyat yang kini dalam proses penjenamaan semula kepada Parti Wawasan Rakyat, menzahirkan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg.  Presidennya, Affendi Jeman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan