Polis tahan Tan Sri, Datuk Seri dalam Op Northern Star

PUTRAJAYA – Dusun durian berkeluasan 363 hektar dianggar bernilai RM224 juta antara aset disita membabitkan kes penipuan skim pelaburan ponzi atau MBI.

Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia Ketua Polis Negara Bukit Aman, Datuk Muhammed Hasbullah Ali berkata, seramai lima lelaki tempatan termasuk dua masing-masing bergelar Tan Sri serta Datuk Seri ditangkap pada Op Northern Star.

Beliau berkata, kelima-lima suspek direman lima hingga enam hari bagi membantu siasatan kes itu.

“Tindakan pembekuan dan sitaan ke atas harta serta aset iaitu tiga dusun durian dianggarkan bernilai RM223.6 juta.

“Dusun ini terletak di Raub, Pahang berkeluasan 343 hektar; Jawi, Pulau Pinang (5.3 hektar) dan Tasek, Kedah (13.8 hektar).

“Turut disita 299 akaun bank berjumlah RM123,614,594.35, 12 kenderaan mewah, seutas jam tangan mewah, wang tunai, lima unit telefon bimbit, satu komputer serta pelbagai dokumen penting,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, tiga perniagaan turut disita termasuk sebuah kilang memproses kelapa sawit di Selama, Kedah, sebuah hotel serta syarikat pemaju di Pulau Pinang.

“Siasatan mendapati dusun durian itu mempunyai geran yang sah.

“Individu bergelar Tan Sri dan Datuk Seri itu disyaki berperanan sebagai proksi atau rakan kongsi dalam aktiviti pelaburan terbabit,” katanya.

Muhammed Hasbullah menjelaskan, penipuan pelaburan yang aktif sejak lapan tahun lalu melibatkan 11 juta mangsa dari negara jiran, selain terdapat enam laporan daripada mangsa warga tempatan.

“Kita akan memfokuskan penipuan pelaburan MBI ini sebelum mengenal pasti sekiranya ada penglibatkan kes penipuan lain.

“Penipuan MBI ini dipercayai menggunakan kaedah ‘menebus’ barangan ditawarkan di bawah perniagaan mereka, contohnya tukar tayar kenderaan serta barang elektrik bagi menampakkan perniagaan ini seolah-olah relevan,” katanya.

Tegasnya, pihaknya sedang memperkemaskan siasatan untuk pelaksanaan tangkapan baharu selain mengenal pasti aset suspek di dalam negara.

Op Northern Star siri pertama pada 21 Mac hingga 5 April menahan lapan individu membabitkan tujuh lelaki dan seorang wanita termasuk tiga bergelar Datuk di sekitar Lembah Klang serta utara tanah air.

Hasil serbuan melibatkan dua siri itu polis membekukan dan menyita aset bernilai RM3.5 bilion.

Related Posts

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

SEPANG – Harga produk asas seperti ayam dan telur dijangka mampu stabil apabila pengeluaran jagung bijian tempatan secara berskala besar dilaksanakan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak