KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh penganut Katolik di Malaysia dan dunia atas pemergian pemimpin kerohanian, Pope Francis.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pemergian Pope Francis merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada komuniti Katolik, tetapi juga kepada dunia.
“Dunia meratapi pemergian seorang pemimpin kerohanian yang mulia, yang terkenal dengan kerendahan hati, belas kasihan dan kebijaksanaannya.
“Bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Sabah, saya mengucapkan takziah kepada semua penganut Katolik di saat penuh kesedihan ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Selasa.
Pope Francis meninggal dunia pada Isnin pada usia 88 tahun.
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027
KOTA KINABALU – Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan Sarawak-Sabah Link Road 1 disasarkan siap menjelang akhir 2027, dengan kerajaan meneruskan peruntukan RM3.3 bilion bagi pembangunan jalan raya…
Lebih lanjut







