Isu ilustrasi Jalur Gemilang: Tindakan PDRM tahan kakitangan akhbar Cina berasas

JOHOR BAHRU – Kerajaan menegaskan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan dua kakitangan akhbar berbahasa Cina yang bertanggungjawab dalam isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap di muka hadapan akhbar itu adalah berlandaskan undang-undang.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, PDRM menjalankan siasatan mengikut akta bersesuaian terhadap kesalahan dilakukan oleh Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting dari akhbar Sin Chew Daily.

“Terdapat tiga aspek siasatan yang terlibat. Pertama, bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (kendalian Kementerian Dalam Negeri) kerana kesalahan pertama kali dikesan dalam edisi cetak akhbar terbabit. KDN telah ambil langkah sewajarnya

“Siasatan turut dijalankan di bawah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, serta beberapa akta lain di bawah bidang kuasa PDRM,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Pusat NADI Taman Sri Skudai di sini hari ini.

Fahmi berkata demikian ketika ditanya tentang tindakan pihak tertentu yang tidak senang dengan tindakan PDRM menahan Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew Daily bagi membantu siasatan berhubung isu berkendan.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan kedua-dua individu terbabit ditahan untuk siasatan lanjut, tetapi dibebaskan beberapa jam selepas itu.

Sebelum itu, akhbar berbahasa Cina tersebut dilaporkan menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di muka hadapannya sempena liputan lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia baru-baru ini.

Isu itu mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang bertitah supaya pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan lebih peka serta menyemak sesuatu bahan terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran.

Berikutan itu, akhbar berkenaan tampil memohon maaf dan menjelaskan bahawa ia kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.

Related Posts

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji

Kerajaan negeri alu-alukan bayaran interim RM1.5 bilion untuk Sabah

Kerajaan negeri alu-alukan bayaran interim RM1.5 bilion untuk Sabah