Pahang rekod 40 KIR kategori miskin tegar

KUANTAN – Data terbaharu kemiskinan di Pahang menunjukkan seramai 40 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar manakala kategori miskin pula membabitkan 13,483 KIR didaftarkan setakat 18 April lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, daripada jumlah tersebut, 36 KIR adalah kaum Melayu iaitu sebanyak 90 peratus, India (7.5 peratus) dan Cina (2.5 peratus).

Katanya, beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mencatatkan jumlah KIR miskin tegar tinggi antaranya Tanjung Lumpur, Beserah (Kuantan) dan Padang Tengku, Lipis masing-masing dengan empat KIR.

“Ini diikuti DUN Benta dan Kuala Semantan dengan tiga KIR, sementara Triang dan Inderapura masing-masing dua KIR.

“Beberapa kawasan lain seperti Cheka dan Tahan mencatatkan satu KIR miskin tegar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Su Keong Siong (DAP-Ketari) pada persidangan DUN Pahang di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Terdahulu, Keong Siong ingin tahu peratusan warga Pahang yang miskin dan miskin tegar mengikut pecahan DUN dan perancangan kerajaan negeri untuk menoktahkan bilangan kemiskinan tegar di negeri ini.

Wan Rosdy turut menjelaskan, kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Wilayah dan Desa juga sentiasa giat berusaha membantu menoktahkan bilangan miskin tegar di Pahang.

Katanya, antara inisiatif dijalankan untuk golongan ini adalah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).

Tambahnya, PPRS adalah program pembasmian kemiskinan luar bandar dengan penyediaan bantuan bina baharu atau pembaikan rumah kepada golongan miskin dan miskin tegar memiliki kediaman selamat dan selesa.

Related Posts

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

TAWAU – Wanita diseru supaya lebih prihatin terhadap kesihatan payudara dengan menjalani pemeriksaan bersesuaian serta mendapatkan nasihat profesional sekiranya mengesan sebarang perubahan yang membimbangkan. Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

LAHAD DATU – Belanjawan 2027 mencerminkan kesungguhan Kerajaan MADANI memastikan agenda pembangunan negara terus dilaksanakan seiring usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak. Ketua Cabang PKR Lahad Datu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak