Ibadah wajib perlu diberi keutamaan

PUTRAJAYA – Umat Islam diingatkan agar tidak meletakkan kemenangan politik sebagai keutamaan mengatasi kewajipan ibadah haji dan umrah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan berkata, mereka yang terpilih menunaikan ibadah berkenaan adalah satu anugerah besar daripada Allah dan tidak sepatutnya dipersiakan atas pertimbangan bersifat duniawi.

“Sesiapa yang terpilih sebagai Dhuyufur Rahman sambutlah seruan dan pergilah menunaikan haji dengan penuh keikhlasan.

“Anda terpilih oleh Allah dalam kalangan berbilion umat Islam, jadi rebutlah peluang ini untuk beribadah setulusnya,” katanya di Facebook.

Sebelum ini, media melaporkan, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memberi isyarat supaya masyarakat Islam di negara ini mengutamakan kemenangan politik selain menangguhkan hasrat menunaikan umrah dan haji.

Beliau mendakwa, ketetapan itu dibuat dengan mengambil ibrah peristiwa Rasulullah SAW yang dihalang melaksanakan umrah sehingga termeterainya perjanjian Hudaibiyah.

Zulkifli menegaskan, setakat ini tiada fatwa daripada mana-mana badan berautoriti di Malaysia menyokong pandangan berkenaan.

“Tiada fatwa daripada Jabatan Mufti, Muzakarah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI) atau badan fatwa lain yang menyatakan kemenangan politik lebih utama daripada menunaikan haji dan umrah.

“Kenyataan seperti ini memerlukan penelitian lebih mendalam dan dilakukan dengan berhati-hati agar tidak disalahertikan bahkan boleh menatijahkan pemikiran ekstrem, ketaasuban dan kefanatikan,” katanya lagi.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

ADA pihak yang memberikan gambaran seolah-olah Jabatan Audit Negara (JAN) mengatakan Tabung Haji tidak mempunyai masalah, manakala hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendakwa Tabung Haji bermasalah. Itu tidak benar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

PUTRAJAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu menerima laporan daripada agensi pelancongan yang menyatakan bahawa mereka terputus hubungan dengan 11 warganegara Malaysia yang dipercayai berada di daerah Rasuwa, susulan banjir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

  • By Fatin
  • August 26, 2026
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK