Bekas Ketua Hakim saran kekal peranan PM dalam pelantikan hakim

PENGLIBATAN Perdana Menteri dalam pelantikan hakim dalam Perlembagaan dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) perlu dikekalkan.

Bekas Ketua Hakim Negara, Abdul Hamid Mohamad berkata, menolak peranan Perdana Menteri bagi menasihatkan Yang di-Pertuan Agong atau melantik empat daripada sembilan ahli SPK bukan jaminan kebebasan badan kehakiman.

Abdul Hamid berkata, tindakan ini tidak mustahil boleh membuka ruang pemerintahan diktator Ketua Hakim Negara turut menganggotai Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK bersama tiga pentadbir kehakiman lain dan seorang hakim kanan di Mahkamah Persekutuan.

“Katakanlah Perdana Menteri berjaya diketepikan dan, dengan itu, pelantikan orangnya dapat dielakkan. Adakah itu menjamin orang-orang yang bebas akan dilantik menjadi hakim?

“Saya tidak hairan jika seorang Ketua Hakim negara akan memilih hakim-hakim yang sekata dengannya untuk mewujudkan korum yang akan menyokong pendapatnya dalam sesuatu isu dan mempertahankan pendapat itu selepas persaraannya.

“Konfrontasi dan penyingkiran perdana menteri bukanlah cara yang betul. Konfrontasi akan melahirkan ‘counter-confrontation’. Menyingkirkan perdana menteri untuk mengelak ‘dictatorship of the prime minister’ mungkin menggantikannya dengan ‘dictatorship of the chief justice’,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid yang berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara dari November 2007 hingga 2008 menegaskan SPK perlu dikekalkan dan pihak yang terlibat perlu bertanggungjawab bukan sekadar mementingkan kedudukan masing-masing.

Katanya, isu ini menjadi bualan apabila Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menyuarakan agar peranan Perdana Menteri dalam pelantikan hakim digugurkan bagi menangkis persepsi wujudnya campur tangan politik terhadap badan kehakiman di samping proses yang lebih adil.

Selepas kenyataan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan melaksanakan semakan semula kerangka Akta SPK, yang berkuat kuasa sejak 2010 bagi memastikan proses pelantikan kehakiman mencerminkan prinsip ketelusan serta kebebasan badan kehakiman.

Untuk rekod, pada 2018, Majlis Peguam menyerahkan kepada kerajaan kertas kerja untuk menyemak Akta SPK atas kebimbangan bahawa proses pelantikan hakim tidak bebas daripada pengaruh Eksekutif.

Abdul Hamid turut mempersoalkan adakah pelantikan Tengku Maimun pada Mei 2019 dibuat menurut prosedur yang ditetapkan oleh Akta SPK.

Katanya, bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya mengatakan beliau mencadangkan nama Tengku Maimun kepada Perdana Menteri ketika itu dan Tun Mahathir Mohamad, yang bersetuju dan membawa namanya ke Majlis Raja-Raja untuk mendapat persetujuan.

Ujar Abdul Hamid, pelantikan Tengku Maimun disambut dengan gembira tetapi sama ada pelantikan itu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Akta SPK tidak dipersoalkan.

Related Posts

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI komited memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat Sabah terus diberi perhatian melalui pelaksanaan dasar serta bantuan yang lebih berkesan di peringkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

TIMBALAN Pengerusi Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali tampil menegur kenyataan berkaitan sejarah para sahabat Nabi Muhammad SAW yang mengelirukan susulan ucapan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang