Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

MIRI – Berakhir tragedi apabila seorang lelaki ditemui rentung dalam satu kebakaran membabitkan sebuah lori muatan tanah dan sebuah kereta di Jalan Miri By Pass pada pagi Jumaat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 9.31 pagi.

Susulan itu katanya, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng berserta jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Menurut laporan Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Robinson Anyie Danyin, setibanya di lokasi, pasukan mendapati kebakaran membabitkan sebuah lori muatan tanah yang terbakar 100 peratus di bahagian hadapan, dan sebuah kereta jenis Subaru BRZ yang turut musnah sepenuhnya.

“Maklumat awal mendapati terdapat seorang mangsa terperangkap di dalam kenderaan ketika api sedang marak,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pasukan bomba bertindak melakukan kerja-kerja pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula bersumberkan air daripada jentera.

Tambahnya, pasukan operasi turut mendapatkan bantuan lori lain di lokasi bagi mengalihkan kenderaan terlibat bagi memudahkan proses pengeluaran mangsa.

“Anggota bomba kemudiannya berjaya mengeluarkan mangsa yang rentung di dalam kenderaan tersebut. Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujar beliau.

Operasi pemadaman dan penyelamatan yang turut melibatkan unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.59 pagi.

Turut berada di lokasi kejadian bagi membantu operasi adalah Ketua BBP Lopeng, Timbalan Penguasa Bomba II Masidi Taha, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Related Posts

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

KOTA KINABALU – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir memasuki fasa penting apabila mahkamah diberitahu bahawa pihak peguam keluarga mangsa akan memanggil enam pakar, termasuk Pakar Forensik, Psikologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Insiden bot migran karam tidak berlaku di perairan negara – Maritim

LANGKAWI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan insiden bot yang membawa kira-kira 250 hingga 280 migran, disyaki warga Bangladesh dan Myanmar, yang dilaporkan karam di Laut Andaman baru-baru…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil