Jangan jadi pentaksub Hadi Awang – Amidi

KENYATAAN Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengatakan Rasulullah SAW mendahulukan kemenangan politik berbanding menunaikan ibadah umrah dan haji adalah dakwaan yang mengelirukan dan di luar konteks sedangkan Malaysia hari ini diperintah oleh orang Islam.

Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Amidi Abdul Manan menjelaskan Zulkaedah adalah bulan haram berperang dalam budaya masyarakat di Jazirah Arab ketika itu.

Amidi berkata, atas pertimbangan tersebut, Rasulullah memberikan mesej yang jelas kepada para pengintip Quraisy Makkah bahawa tujuan Baginda ke Makkah bukan hendak berperang tetapi adalah untuk menunaikan ibadah umrah.

“Mengatakan bahawa Rasulullah mendahulukan kemenangan politik berbanding melaksanakan umrah, haji adalah dakwaan yang mengelirukan.

“Sebab itu Baginda berihram di Bir Ali. Orang yang berihram dilarang berperang. Apatah lagi dalam bulan haram.

“⁠Itulah ketulusan niat dan tujuan Nabi keluar dari Madinah, jelas dan ikhlas. Tanpa sebarang perkiraan politik,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada Ahad, Abdul Hadi menyeru pengundi beragama Islam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning untuk mengutamakan kemenangan politik dan perlu menangguhkan hasrat menunaikan ibadah umrah dan haji.

Presiden Pas itu menegaskan ketetapan berkenaan dibuat dengan mengambil ibrah daripada peristiwa Rasulullah dihalang melaksanakan umrah hingga termeterainya perjanjian Hudaibiyah.

Ini kerana, katanya, kemenangan politik tidak boleh ditangguhkan dan Islam perlu berkuasa, seiring firman Allah yang mahu dunia diperintah menerusi ajaran Islam.

Beliau bagaimanapun mengakui umat Islam ketika ini tidak mengamalkan pendekatan berkenaan, sebaliknya lebih memilih menunaikan umrah dan haji berbanding mendapatkan kemenangan politik.

Mengulas lanjut, Amidi berkata, apabila terdapat halangan meneruskan tujuan asal barulah Rasulullah SAW tiada pilihan lain selain memeterai perjanjian.

Beliau berkata, ⁠jika Rasulullah meneruskan niat asal maka pertempuran akan berlaku dan akan dituduh menggunakan agama (berihram) sedangkan tujuan sebenarnya adalah untuk berperang.

“Baginda akan mudah difitnah mengengkari tradisi larangan berperang dalam bulan haram yang menjejaskan nama baik dakwah Islam itu sendiri.

“Jelas jauh sungguh perbezaan perjuangan antara Haji Hadi dan Rasulullah SAW yang tidak mengizinkan sebarang ruang untuk perjuangan murni Islam difitnah dan diburukkan.

“Maka marilah kita menjadi pentaksub Allah dan pentaksub Rasulullah, jangan kita menjadi pentaksub Haji Hadi,” ujarnya.

Related Posts

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI komited memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat Sabah terus diberi perhatian melalui pelaksanaan dasar serta bantuan yang lebih berkesan di peringkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

TIMBALAN Pengerusi Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali tampil menegur kenyataan berkaitan sejarah para sahabat Nabi Muhammad SAW yang mengelirukan susulan ucapan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang