Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

CYBERJAYA – Kerajaan kemungkinan akan melaksanakan pemotongan gaji terhadap menteri sekiranya keadaan ekonomi negara menjadi lebih teruk dan runcing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, buat masa ini, gaji menteri di negara ini adalah relatif rendah dan masih munasabah selagi mereka menjalankan tugas dengan baik.

Beliau berkata, soal pemotongan gaji bukan keutamaan ketika ini, sebaliknya prestasi kerja anggota pentadbiran menjadi perkara utama yang perlu diberi perhatian.

“Gaji kita relatif memang rendah gaji-gaji menteri. Yang penting mereka bekerja dengan baik.

“Macam saya, saya tidak ada masalah, saya tidak ambil gaji, tetapi gaji itu hak mereka selagi mereka bekerja dengan baik, saya fikir munasabah,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan Solat Jumaat di Surau Bomba Cyberjaya, pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan meneliti langkah pemotongan gaji menteri seperti yang dilaksanakan di Indonesia.

Bagaimanapun, Anwar tidak menolak kemungkinan perkara itu akan dipertimbangkan sekiranya keadaan ekonomi negara bertambah mencabar pada masa hadapan.

  • Related Posts

    Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

    CYBERJAYA – Satu daripada tujuh kapal Malaysia yang membawa bahan api mengalami kerosakan dan tidak dapat berlepas dari pelabuhan di Selat Hormuz. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebuah…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

    CYBERJAYA – Kerajaan MADANI akan meneliti cadangan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah supaya status bebas cukai di Langkawi dikembalikan bagi merancakkan semula sektor pelancongan di pulau terbabit. Perdana Menteri,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

    Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

    Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

    Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

    Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

    Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

    Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

    Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

    Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

    Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

    Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

    Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil