101 pegawai bomba bantuan tamat latihan

KOTA KINABALU – Seramai 101 pegawai bomba bantuan (PBB) hari ini berjaya menamatkan Kursus Asas Pegawai Bomba Bantuan yang menjadi prasyarat pelantikan rasmi mereka dalam perkhidmatan.

Timbalan Pesuruhjaya Bomba, Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Malaysia, Mohd Nordin Pauzi berkata, 93 pelatih dari Sabah manakala lapan lagi dari Wilayah Persekutuan Labuan.

“Kesemua mereka akan ditempatkan di 25 buah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan termasuk di dua balai baharu iaitu di Pitas dan Merotai.

“Saya ingin menyeru anggota yang telah terpilih ini dapat mempersiapkan diri dengan ilmu tambahan sepenuhnya kerana tugas yang menanti di lapangan bakal menjadi cabaran baharu dalam kehidupan.

“Kursus asas yang dijalani oleh para pelatih memberikan latihan menyeluruh berkaitan tugas kebombaan, termasuk latihan jasmani, kawad, dan modul penyelamatan yang bertujuan membentuk semangat setiakawan dan disiplin tinggi dalam kalangan anggota,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Kursus Asas Pentauliahan PBB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Siri 1/2025, di sini pada Jumaat.

Menurut Nordin, dalam usaha memperkukuhkan perkhidmatan PBB, JBPM telah memperkenalkan pelbagai inisiatif termasuk Penilaian Pencapaian Tahunan serta Anugerah Khidmat Terpuji kepada PBB yang menunjukkan prestasi cemerlang.

“JPBM juga mengambil langkah serius dalam menjaga kebajikan anggota.

“Antaranya, caruman Perkeso melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) disediakan secara percuma setiap tahun.

“Manfaat skim tersebut termasuk faedah perubatan, hilang upaya, kematian serta pinjaman pendidikan, sekali gus memberikan perlindungan menyeluruh kepada anggota yang terdedah kepada risiko semasa bertugas.

“Pindaan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) yang berkuat kuasa tahun ini turut memperluaskan manfaat Kumpulan Wang Kebajikan Bomba (KWKB) kepada PBB satu langkah yang sebelum ini hanya terpakai kepada anggota,” jelas beliau.

Tambahnya, Elaun Kehadiran Latihan Tempatan (EKLT) adalah sebanyak RM8 sejam dan PBB juga layak menerima Elaun Bounty tahunan sebanyak RM520 serta Elaun Penyelenggaraan Pakaian sebanyak RM125.

“Secara keseluruhannya diperuntukkan sebanyak RM50 juta setahun bagi kebajikan dan pengoperasian PBB,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, disiplin dalam kalangan anggota amat penting selepas enam anggota PBB diberhentikan pada tahun lalu atas kesalahan tatatertib.

Pada majlis sama, Nordin turut mengucapkan tahniah kepada Pengarah JBPM Negeri Sabah yang baharu, Mohd Pisar Aziz atas pelantikannya.

Related Posts

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

TANJUNG MALIM – Penduduk di Gunung Besout kini menikmati akses perkhidmatan kesihatan yang lebih pantas apabila sebuah ambulans baharu diserahkan kepada Klinik Kesihatan Gunung Besout, di sini sekali gus memperkukuh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

SANDAKAN – Kerajaan merancang menambah sekurang-kurangnya 81 lagi Wellness Hub di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 119 hab kesihatan komuniti pada masa hadapan. Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI