Dosa qazaf amat besar, hati-hati lontar kenyataan semasa berkempen – KP JKOM

PEMBANGKANG sebagai sebuah parti membawa imej Islam terutamanya penyokong, tidak sewajarnya memainkan sentimen dan provoksi murahan dalam menyerang pihak lawan.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, tuduhan dilontarkan oleh penyokong Perikatan Nasional (PN) boleh membawa kepada perbuatan qazaf iaitu melemparkan tuduhan zina atau liwat kepada individu yang tidak dapat dibuktikan menurut hukum Islam.

Ismail berkata, parti berimej Islam itu dilihat tidak memegang pada janji untuk tidak menyerang isu peribadi ketika berlangsung sesi kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

“Provokasi murahan seperti ini sepatutnya tidak berlaku pada penyokong Pas kerana Pas adalah parti yang melaung-laungkan sebagai sebuah parti Islam. Namun, apa yang berlaku sebaliknya.

“Di permulaan kempen, pemimpin-pemimpin Pas berkata tidak akan menggunakan atau menyerang isu peribadi dalam berkempen. Tapi apa yang terjadi pada hari pertama adalah sebaliknya.

“Laungan “Pangkah BN dapat peliwat, pangkah BN main belakang” ini adalah bersifat tuduhan. Inilah tuduhan yang membawa kepada qazaf. Saya percaya pemimpin-pemimpin Pas lebih tahu tentang ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan penyokong Pas yang menggunakan cercaan dan tuduhan sedemikian dalam kempen PRK DUN Ayer Kuning.

Dalam pada itu, Ismail berkata, isu qazaf ini bukanlah isu baharu dan telah lama dibincangkan oleh ulama dan cendiakawan besar dunia seperti Almarhum Dr. Yusuf Al-Qardhawi.

Katanya, menuduh seseorang melakukan liwat adalah termasuk dalam qazaf. Dalam syarak, perbuatan qazaf termasuk antara dosa-dosa besar.

“Tan Sri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Pas juga telah menulis satu buku khusus tentang qazaf. Bukan itu sahaja, bekas Mufti Wilayah Persekutuan juga turut menerangkan kembali isu perbuatan qazaf ketika mana pada waktu itu pada musim pilihan raya berlangsung.

“Bertujuan untuk mengingatkan ahli politik supaya lebih berhati-hati dalam mengucapkan sesuatu dalam berkempen.

“Ada juga ahli-ahli politik yang mahupun daripada parti Pas sendiri yang bercakap tentang dosa qazaf ini. Saya berharap pimpinan Pas mengingatkan ahli Pas atau penyokong PN menjaga kata-kata mereka,” katanya.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP