Malaysia, China komited perkukuh kerjasama pelbagai bidang

PUTRAJAYA – Malaysia dan China komited memperkukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi, perdagangan dan pelaburan, selain teknologi baharu seperti inisiatif kecerdasan buatan (AI), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, kerjasama turut membabitkan semua kaedah dibincangkan kedua-dua negara sejak sekian lama.

“Malaysia mengalu-alukan kedatangan Presiden China, Xi Jinping ke negara ini, bukan saja sebagai Presiden kepada sebuah negara besar, tetapi juga sebagai sahabat sejati.

“Seperti saya nyatakan ketika pertemuan kita di China, Presiden Xi menunjukkan satu persona baharu, kepemimpinan, bercakap mengenai pertumbuhan dan pelaburan serta kemajuan ekonomi.

“Beliau bercakap mengenai membasmi kemiskinan dan membuktikan kejayaannya dan lebih penting, mengenai kemakmuran dan tamadun yang dikongsi bersama, yang hampir tidak dizahirkan mana-mana pemimpin moden di dunia ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembukaan pada Mesyuarat Dua Hala antara Malaysia dan China di Kompleks Seri Perdana, hari ini.

Mesyuarat itu dihadiri Xi dan Menteri Kabinet serta pegawai kedua-dua negara.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Selepas mesyuarat berkenaan, kedua-dua pemimpin dijangka menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dan kerjasama pelbagai bidang.

Perdana Menteri juga akan menganjurkan majlis makan malam rasmi di Kompleks Seri Perdana bagi meraikan Xi dan delegasi yang tiba di Malaysia petang semalam, untuk mengadakan lawatan negara selama tiga hari atas jemputan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Sementara itu, dalam ucapan pembukaannya, Xi turut menyatakan komitmennya yang kukuh untuk memperdalamkan lagi kerjasama dengan Malaysia sambil berharap hubungan antara kedua-dua negara berkembang sehingga ke generasi akan datang.

Related Posts

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan. Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar ibu negara kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan 1 Mei yang diadakan, pada Sabtu. Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy