Chaperone berkaliber iring atlet paralimpik ke Paris 2024

MELAKA: Chaperone atau pengiring berkaliber akan bersama atlet paralimpik dalam memastikan persiapan menghadapi pertandingan di Sukan Paralimpik Paris 2024 berjalan dengan lancar.

Setiausaha Agung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Subramaniam Raman Nair berkata langkah ini bagi mengelakkan insiden tidak diingini terutama melibatkan perjalanan dan ketibaan atlet ke venue pertandingan.

“Sudah pasti apa yang pernah berlaku dulu, kita tidak mahu berulang lagi dan sebab itulah saya akan pastikan semua persiapan atlet berjalan lancar termasuk mempunyai chaperone yang berkaliber. Jika ada atlet mempunyai masalah atau kelemahan, mereka perlu pantas dan bijak menguruskannya.

“Jadi kita sedang aturkan dan akan pastikan persiapan akhir atlet berada dalam keadaan terbaik dan saya sebagai Ketua Kontinjen (CDM), akan pastikan semuanya berjalan lancar dengan bantuan dari pelbagai pihak termasuk Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan chaperone yang akan mengiringi atlet,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Bola Tampar Duduk Terbuka Melaka 2024 di Pusat Rehabilitasi Perkeso Tun Abdul Razak semalam, yang disertai 16 pasukan lelaki dan wanita dalam kejohanan berlangsung selama dua hari bermula semalam.

Mengenai kontinjen Paralimpik Malaysia ke Paris 2024, beliau berkata pihaknya akan memastikan atlet bertanding tidak terkesan dengan sebarang isu yang timbul sepanjang tempoh temasya berlangsung.

“Kita akui ada mendengar beberapa isu kurang enak dialami oleh atlet bertanding di Paris sekarang seperti tidak cukup makan, isu keselamatan dan pengangkutan. Sudah pasti kami ambil maklum semua perkara ini dan aturkan semua langkah berkaitan bagi mengelakkan ia berlaku kepada atlet paralimpik nanti,” katanya.

Sukan tenis kerusi roda melengkapkan senarai akhir 30 atlet Malaysia di Sukan Paralimpik Paris 2024 dengan negara kekal menyasarkan empat pingat emas pada penyertaan kali ini.

Atlet negara ke Sukan Paralimpik Paris 2024 mengambil bahagian dalam acara berbasikal trek, badminton, boccia, olahraga, memanah, renang, powerlifting dan tenis berkerusi roda.

Sukan Paralimpik Paris 2024 akan berlangsung pada 28 Ogos hingga 8 September ini.

Related Posts

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

PUTRAJAYA – Tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang dan setiap yang disabitkan kesalahan mesti menjalani hukuman mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang sedia ada, tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Harga arang batu yang melonjak kepada AS$148 satu tan pada 10 September meningkatkan tekanan terhadap kos penjanaan elektrik negara, kata Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah