Jika dipilih, saya akan realisasi perjuangan tubuh institusi TVET – Ustaz Yusri

TAPAH – Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Dr Mohamad Yusri Bakir berikrar meneruskan legasi ditinggalkan Allahyarham Ishsam Shahruddin selaku bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning.

Beliau yang diumumkan sebagai calon mewakili Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning berkata, pihaknya akan menyambung perjuangan Allahyarham dalam mewujudkan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Usaha berkenaan sebelum ini telah dimulakan Allahyarham Ishsam Shahruddin. Perkara tersebut sudah ada dalam perancangan, kita akan usahakan supaya institusi pendidikan ini menjadi antara agenda penting.

“Ini penting untuk kita mengubah kualiti hidup masyarakat terutamanya di kawasan ini,” ketika ditemui media selepas berkunjung ke Pasar Awam Ayer Kuning, pada Selasa.

Hadir sama Timbalan Presiden MCA, Datuk Mah Hang Soon serta Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan.

PRK DUN Ayer Kuning yang diadakan susulan kematian Ishsam akibat serangan jantung pada 22 Februari, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri menentang calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 26 April ini, manakala pengundian awal akan diadakan pada 22 April.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas pengisytiharan calon hingga jam 11.59 malam 25 April ini.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 25 Feb lepas.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi PRK DUN Ayer Kuning adalah sebanyak 66,318 orang terdiri daripada 31,897 pengundi biasa, 582 anggota polis serta pasangan.

Daripada 31,897 pemilih berdaftar, seramai 14,527 daripadanya terdiri daripada pengundi berusia antara 18 hingga 39 tahun.

Ini adalah PRK ke-11 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) iaitu PRK Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu; PRK DUN Simpang Jeram, Johor; PRK Parlimen Pulai, Johor; PRK DUN Pelangai, Pahang; PRK DUN Jepak, Sarawak; PRK Parlimen Kemaman, Terengganu; PRK DUN Kuala Kubu Baharu; PRK Sungai Bakap; PRK DUN Neggiri dan DUN Mahkota, Johor.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan