Ustaz Yusri terima sokongan pengundi bukan Melayu

TAPAH – Calon Barisan Nasional (BN),
Dr Mohamad Yusri Bakir menerima respons positif di kalangan pengundi bukan Melayu sepanjang tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Yusri mengharapkan agar momentum positif yang diterimanya dapat berterusan sehingga tiba ke hari pengundian 26 April nanti.

Menurutnya, sokongan diterima hasil turun padang ketika menyantuni pengundi di sekitar Air Kuning, khususnya mereka dalam kalangan bukan Melayu.

“Dianggarkan sebanyak 50 peratus kawasan DUN Ayer Kuning meliputi kawasan pengundi Melayu dan bukan Melayu telah dilawati beliau tempoh berkempen yang memasuki hari keempat. Semakin ramai pengundi-pengundi bukan Melayu terutama mereka yang daripada komuniti Cina mengenali saya.

“Mereka memberikan penerimaan yang baik. Hasil turun padang saya ke pasar, atau ke majlis-majlis, mereka sangat memahami untuk menerima BN sebagai parti pilihan mereka pada PRK ni,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas berkunjung ke Pasar Awam Ayer Kuning, pada Selasa.

Hadir sama Timbalan Presiden MCA, Datuk Mah Hang Soon serta Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan.

Mengulas lanjut Ustaz Yusri berkata, beliau sedaya upaya menyusun segala strategi dalam usaha untuk memenangi hati pengundi baik dalam kalangan Melayu mahupun pengundi bukan Melayu.

“Kita telah melawat banyak kawasan, dan kita akan teruskan lebih berlipat kali ganda usaha untuk memastikan bahawa penerimaan mereka terhadap BN akan terus rancak,” katanya.

Sementara itu Hang Soon berkata, jentera MCA telah digerakkan ke semua kawasan pengundi Cina sebagai usaha untuk memenangkan Ustaz Yusri di DUN Ayer Kuning.

“MCA juga sedang berusaha sebaik mungkin bagi menarik lebih ramai pengundi luar untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.

“Paras sokongan pengundi Cina di Ayer Kuning kepada BN bukan masalah besar, cuma cabaran pada kali ini ialah kekhuatiran kita terhadap mereka yang tidak pulang kerana baru sahaja meraikan Perayaan Qingming,” katanya.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan