Miskin tegar Sabah turun 89.9%, program SYUKUR jadi pemangkin

KOTA KINABALU – Usaha berterusan Kerajaan Sabah dalam membasmi kemiskinan menampakkan hasil apabila jumlah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar di negeri ini berjaya turun sebanyak 89.9 peratus.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Abidin Madingkir berkata, penurunan ketara itu adalah hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif kerajaan negeri, khususnya Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) yang mula diperkenalkan tahun ini.

“Berdasarkan data e-Kasih sehingga 28 Februari 2025, jumlah KIR miskin tegar di Sabah adalah sebanyak 1,464, berbanding 14,553 KIR pada 29 Februari 2024.

“Ini menunjukkan penurunan sebanyak 89.9 peratus dalam tempoh setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan ADUN Kapayan, Jannie Lasimbang, mengenai bantuan kepada golongan miskin dan miskin tegar serta bayaran Program Kasih Rakyat Sabah dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, Selasa.

Abidin menjelaskan, kerajaan negeri turut menyalurkan bantuan tunai kepada golongan miskin dan miskin tegar menerusi Program SYUKUR dengan bayaran RM300 sebulan, diagihkan secara empat fasa melalui pembayaran ‘lump sum’ sebanyak RM900 setiap tiga bulan.

“Setakat 1 April 2025, sebanyak 13 peringkat pembayaran telah dilaksanakan dan seramai 68,238 penerima telah berjaya dikreditkan.

“Bagaimanapun, seramai 3,822 penerima sedang dalam proses pengemaskinian data oleh pegawai MySMJ di lapangan,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri tidak hanya bergantung kepada bantuan kewangan semata-mata, sebaliknya melaksanakan pendekatan intervensi menyeluruh melalui lima teras utama iaitu bantuan perumahan, pendidikan, pekerjaan, kebajikan kewangan, serta keusahawanan dan latihan.

Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk pembinaan 3,000 unit Rumah Mesra SMJ, selain memperkenalkan 13 program pendidikan baharu seperti Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA), Bantuan Aktiviti PIBG Sabah (BAGUS), Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI), dan Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri (SENTOSA).

“Kerajaan negeri juga menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat pelabur seperti Kumpulan Kibing, Sawit Kinabalu dan BTC Berhad untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan,” jelasnya.

Selain itu, Abidin berkata, kerajaan turut menyambut baik penglibatan 29 agensi pemberi bantuan termasuk Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang memperkenalkan Program Ehsan@KUSKOP di tiga daerah perintis iaitu Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat dengan peruntukan permulaan sebanyak RM3 juta.

Katanya, data kemiskinan tegar adalah dinamik dan sentiasa berubah bergantung kepada beberapa faktor termasuk status pendapatan isi rumah, perubahan bilangan ahli keluarga, kematian, atau penghijrahan.

“Kerajaan negeri komited untuk terus memperkemas pelaksanaan bantuan agar golongan sasaran kekal berada di atas Paras Garis Kemiskinan (PGK),” katanya.

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram