PENTADBIRAN Kerajaan Negeri Terengganu di bawah Pas seharusnya menjunjung penuh titah tuanku Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung kerjasama Kerajaan Persekutuan dan negeri demi kesejahteraan rakyat.
Dalam titah tuanku ketika istiadat pembukaan Sidang DUN Terengganu, baginda tuanku menggesa kerjasama yang erat di antara negeri dan Persekutuan demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat Terengganu.
Namun begitu yang merencatkan kerjasama ini ialah pimpinan dan penyokong Pas Terengganu sendiri yang mengamalkan politik toksik, fitnah dan adu domba terhadap Kerajaan Persekutuan.
“Pah larak tuanku kene tegur mainang politik sek Pas, berat nanang lah, jeng ginih boh.”
Di sini kita dapat melihat pihak manakah yang mengutamakan kesejahteraan rakyat berbanding dengan kepentingan politik kepartian dan peribadi.
“RM1.8 bilion boh Kerajaang Pusat beri ke Terengganu, duk kate zalim semacam ke Kerajaan Pusat.”
Pimpinan Pas perlu bermuhasabah secara serius apabila tuanku sendiri sudah bertitah menegur, bertindaklah dengan matang demi rakyat dan negeri Terengganu.




