Gagal tepati skop penyelenggaraan jalan raya, lebih 2,000 Laporan NCR dikeluarkan JKR

KOTA KINABALU – Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah mengeluarkan lebih 2,000 laporan ‘Non-Conformance Report’ (NCR) terhadap syarikat konsesi susulan kegagalan menepati skop penyelenggaran jalan raya, tahun lalu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, walaupun secara keseluruhan prestasi kontraktor jalan dinilai dalam keadaan memuaskan, terdapat kerja-kerja yang dilakukan kurang menepati skop dan perlu diperbaiki semula.

“Tahun lalu lebih 2,000 NCR telah dikeluarkan dan berjaya ditutup.

“JKR tetap memandang serius sebarang ketidakpatuhan kerja dan akan terus memantau pelaksanaan projek dari semasa ke semasa,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shafie Apdal di persidangan DUN berkenaan prestasi perbelanjaan dan nama-nama syarikat yang dilantik bagi tujuan seliaan di daerah-daerah.

Menurut Shahelmey, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKRM) telah melantik satu syarikat konsesi untuk menyenggara Jalan Persekutuan JKR seluruh Sabah manakala kerajaan negeri turut melantik satu konsesi
menyenggara Jalan Negeri JKR berturap seluruh negeri ini.

“Kerajaan negeri juga telah melantik tiga syarikat kontraktor untuk menyenggara Jalan Negeri JKR berturap bagi kawasan luar bandar bagi tempoh 5 tahun yang bermula pada bulan Jun 2023 sehingga bulan Jun 2028.

“turut dilantik sebanyak 32 syarikat kontraktor untuk menyenggara Jalan Negeri JKR tidak berturap (Jalan Kelikir) mengikut kawasan dan daerah.

“Masing-masing satu syarikat dilantik bagi jalan negeri yang dimiliki oleh Pihak Berkuasa Tempatan (Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah) dan
untuk melaksanakan kerja menaiktaraf jalan tidak berturap (kelikir dan tanah) kepada beraspal di seluruh Sabah,” ujarnya.

Shahelmy turut memaklumkan tambahan peruntukkan RM285 juta bagi melaksanakan pembaikan empat jalan utama negeri bermula Januari lalu iaitu jalan Nangoh Paitan Kanibongan, Jalan Kanibongan, Jalan Langkon-Pitas dan Jalan Sapulut Kalabakan.

Shahelmy yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, jalan raya Sabah majoritinya lebih separuh melepasi tempoh had reka bentuk.

“Perkembangan ekonomi yang dipacu oleh kemajuan pencapaian kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ini telah meningkatkan aktiviti ekonomi yang tinggi.

“Apabila sudah melepasi jangka hayat, ekonomi aktiviti sudah berkembang, jumlah aliran trafik sudah bertambah dengan bebanan lebihan muatan dan faktor cuaca.

“Inilah yang menimbulkan cabaran kita dimana kerosakan-kerosakan yang dialami, ada jalan-jalan yang lberlubang, kita melakukan kerja-kerja ‘patching’ atau ‘heavy patching’,” ujarnya.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung