Sibu Jaya lambang kejayaan perbandaran moden di Sarawak

SIBU – Pembangunan pesat di Sibu Jaya membuktikan kejayaannya sebagai model perbandaran moden di Sarawak hasil kerjasama strategik antara Kumpulan Amcorp dan Perbadanan Kemajuan Perumahan (HDC).

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Amcorp, Mohd Rahimi Mohd Yusof berkata, transformasi kawasan itu tidak hanya tertumpu kepada pembangunan fizikal semata-mata, sebaliknya turut mengutamakan kesejahteraan sosial dan keharmonian komuniti setempat.

“Berdasarkan pelan tindakan yang digariskan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sibu Jaya kini menjadi contoh terbaik perancangan bandar yang tersusun dan holistik, bukan sahaja di Sarawak malah di peringkat nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh media pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2025 di Masjid Al Madinatul Husna pada Ahad.

Menurut Mohd Rahimi, pendekatan inklusif yang diterapkan dalam pelaksanaan projek pembangunan di kawasan berkenaan berjaya membentuk sebuah komuniti yang harmoni, selamat dan sejahtera.

“Kami tidak hanya membina bangunan, tetapi turut membina harapan dan hubungan antara masyarakat. Ini selaras dengan matlamat untuk mewujudkan ruang kehidupan yang kondusif dan berdaya tahan,” ujarnya.

Majlis rumah terbuka itu mencerminkan keharmonian masyarakat apabila lebih 10,000 orang hadir memeriahkan acara, sekali gus memperlihatkan kekuatan hubungan komuniti yang terjalin erat di kawasan berkenaan.

Acara anjuran bersama HDC itu turut mendapat kerjasama Masjid Al Madinatul Husna dan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu, dengan penyertaan kanak-kanak dari Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang (PERYATIM Sibu) dan Rumah Kanak-Kanak Methodist.

Related Posts

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

KOTA KINABALU – Lagu Lumangad Oku Dika karya Ryenald Guntabid dinobatkan juara Anugerah Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-16 (CLAS16), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000.‎‎Pada pertandingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

SARATOK – Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM16,500 dan gelaran Raja Sungai menjadi taruhan 26 pasukan yang bakal berentap dalam Regatta Krian sempena Pesta Saratok 2026, dari 2 hingga 4…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX