KESUMA rancang tubuh pusat sehenti perkhidmatan pekerja

BUKIT MERTAJAM – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bercadang untuk mewujudkan Pusat Sehenti Perkhidmatan Pekerja yang menawarkan kemudahan menyeluruh dalam menyelesaikan isu berkaitan buruh.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, pusat berkenaan akan menggabungkan semua perkhidmatan berkaitan tenaga kerja supaya pekerja atau majikan tidak perlu pergi ke pelbagai jabatan berbeza.

“Saya akan membuat pengumuman tidak lama lagi mengenai pelan KESUMA untuk menubuhkan sebuah Pusat Sehenti Perkhidmatan Pekerja bagi menjaga kebajikan pekerja di negara ini.

“Kita akan menggabungkan semua perkhidmatan ini di bawah satu bumbung bagi memudahkan pekerja dan juga majikan termasuk pengurus sumber manusia, jadi kalau ada isu berkaitan buruh di negara ini, mereka boleh terus ke pusat sehenti tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri DAP Pulau Pinang yang turut dihadiri Ketua Menteri Chow Kon Yeow, Naib Pengerusi DAP Negeri Zairil Khir Johari dan Penasihat DAP Lim Guan Eng di sini hari ini.

Pada masa sama,Steven berkata, Pulau Pinang akan menjadi permulaan kepada inisiatif baharu itu bagi menambah baik sistem sokongan kepada pekerja.

“Pusat sehenti ini akan diwujudkan di seluruh negara, namun projek perintis ini akan dimulakan di Pulau Pinang dan saya akan bekerjasama dengan kerajaan negeri berhubung perkara ini,” katanya.

Sementara itu, majlis hari ini dihadiri kira-kira 1,000 tetamu termasuk para pemimpin parti negeri di bawah Kerajaan Perpaduan.

Kunjungan orang ramai ke majlis itu menunjukkan Aidilfitri turut diraikan oleh pelbagai bangsa dan sekali gus menunjukkan perpaduan yang erat dikalangan penduduk di negeri itu.

Related Posts

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

KUALA LUMPUR – Media diseru untuk tidak menggadaikan integriti dan etika kewartawanan semata-mata untuk mengejar kepantasan, jumlah pembaca atau tontonan tinggi. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

SANDAKAN – Sabah wajar diberikan peruntukan lebih besar dan bermakna dalam Belanjawan Negara akan datang, khususnya bagi menangani keperluan infrastruktur, kesihatan, pendidikan dan pembangunan pertanian negeri itu. Naib Presiden Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin