SAIP dijenamakan semula, pemangkin baharu pembangunan agro-bioteknologi Sabah

KIMANIS – Taman Agro-Perindustrian Sabah (SAIP) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan usahawan agro-bioteknologi tempatan di bawah pengurusan baharu Sabah Economic Development Corporation (SEDCO).

Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE), Datuk Phoong Jin Zhe, yang juga Pengerusi SAIP, berkata taman tersebut kini dijenamakan semula sebagai Sabah Agro-Industrial Park, menggantikan nama asal Sabah Agro-Industrial Precinct, dengan hala tuju baharu untuk menjadi pusat dinamik dalam pembangunan bakat, inovasi dan pengeluaran bernilai tinggi.

“SAIP akan dijadikan pusat inkubasi bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam sektor agro-industri dan bioteknologi,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada baru-baru ini.

Lawatan rasmi pertama beliau ke SAIP, diiringi Lembaga Pengarah SAIP serta Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEDCO yang turut disambut Pengurus Besar SAIP, Annef Osyairi Osman.

Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Datuk Ar. James Wong Kein Peng menyuarakan keyakinan terhadap potensi SAIP untuk melonjakkan kemajuan sektor pertanian negeri, termasuk membuka lebih banyak peluang kepada petani, usahawan dan industri berkaitan.

“Melalui pelaburan berterusan oleh SEDCO, kami yakin SAIP mampu merentas sempadan dalam bidang agro-bioteknologi,” katanya sambil mendedahkan bahawa perbincangan dengan pelabur antarabangsa berkaitan potensi SAIP sebagai fasiliti pembuatan peralatan perubatan juga telah dimulakan.

Dalam kenyataan berasingan, SAIP menyatakan komitmen untuk menjadi model pembangunan agro-industri berteraskan teknologi, penyelidikan dan kelestarian, bukan sahaja untuk manfaat Sabah, tetapi juga menyumbang kepada keselamatan makanan global.

“Dengan infrastruktur lengkap serta lokasi strategik berhampiran Lebuhraya Pan Borneo dan Pekan Benoni, SAIP mengalu-alukan penyertaan pemain industri, sektor swasta dan usahawan tempatan untuk membangunkan produk dan jenama mereka di taman ini,” katanya.

Untuk rekod, SEDCO secara rasmi mengambil alih pengurusan SAIP daripada Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) menerusi perjanjian tiga pihak yang ditandatangani pada Disember 2023 bersama Institut Kajian Pembangunan (IDS).

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar