Kalau betul pergerakan dipantau, Dr Sam patut lapor polis

MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar seharusnya melaporkan kepada pihak polis jika benar pergerakan beliau sedang dipantau.

Tular hari ini kenyataan media Ahmad Samsuri yang mendakwa pergerakannya sedang dipantau oleh cawangan khusus seolah-olah beliau seorang penjenayah yang terbabit dengan sindiket atau gengster dan mendakwa pemantauan itu meletakkan beliau sebagai seperti orang yang sangat dikehendaki.

Dr Sam juga mendakwa beliau pernah ‘ditahan’ dan satu panggilan dibuat untuk mendapat kebenaran cawangan khusus sebelum beliau dibenarkan keluar masuk sempadan pada suku ketiga 2024, walau hanya ke Sabah Sarawak.

Ahmad Samsuri juga merujuk perkara itu sebagai TCO iaitu Travel Control Office/Order yang didakwanya dikenakan terhadap individu yang dianggap berisiko oleh pihak tertentu.

Namun begitu sebagai seorang pemimpin politik dan juga menteri besar sememangnya pergerakan beliau dipantau atas isu keselamatan dan juga perlindungan. Bahkan semasa Dr Sam ke New Zealand dan London sebelum ini tidak timbul langsung isu ini.

Jadi timbul persoalan di sini, kenapa Ahmad Samsuri tiba-tiba mengeluarkan kenyataan ini, adakah ia satu lagi aksi politik sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning?

Isu seperti ini seharusnya tidak perlu sampai mengeluarkan kenyataan media, cukup dengan perbincangan dengan pihak berwajib melainkan untuk dijadikan modal politik mencipta naratif buruk kepada Kerajaan Perpaduan.

“Mende peseng gining padan MB Dukuter Seng wasak Ketua Polis Terengganu je tanye, ni pah larak buat statement beradong, nampok ngat nok buat isu politik.”

Related Posts

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

NARATIF yang menggambarkan ekonomi Islam seolah-olah dipinggirkan dalam sistem global perlu dilihat secara lebih objektif dan berpaksikan realiti semasa. Sistem ekonomi dunia hari ini tidak lagi beroperasi dalam kerangka ideologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

CADANGAN pembangunan projek Regasification Terminal (RGT) di Kemaman yang dijangka siap menjelang 2029 dilihat sebagai satu langkah strategik untuk mengangkat Terengganu sebagai hab LNG di Pantai Timur. Dalam naratif pembangunan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy