Guru prasekolah maut kereta terbabas langgar lori

KUANTAN – Seorang guru prasekolah maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 104, Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Ladang Teh Dara, dekat Rompin, petang tadi.

Mangsa, Maryam Nabilah Muzammil, 26, yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Bukit Serok, Muadzam Shah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mandoi berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan itu jam 2.30 petang.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Bezza dalam perjalanan dari arah Segamat menghala ke Muadzam Shah.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori membawa biji sawit dari arah Muadzam Shah menghala Segamat.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok