Operasi Pembelajaran: Tiga penjaja dikompaun DBKK

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengeluarkan tiga kompaun kepada penjaja menerusi operasi pembelajaran yang dilaksanakan di sekitar Anjung Kinabalu dan Anjung Senja, di sini, pada Rabu.

Menurut kenyataan DBKK, operasi selama dua jam bermula bermula pukul 7.30 malam itu sebagai usaha mewujudkan persekitaran bandaraya lebih selesa dan selamat bagi masyarakat dan pelancong.

“Satu kompuan dikeluarkan kepada seorang penjaja di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Penjaja 1966 atas kesalahan menjaja tanpa kebenaran di Anjung Kinabalu.

“Dua lagi kompaun dikeluarkan di Anjung Senja atas kesalahan sama dan kesalahan di bawah UUK Bandaraya Kota Kinabalu (Anti Sampah Sarap) 1984,” kata DBKK menerusi Facebook, pada Khamis.


Dalam pada itu, teguran turut diberikan kepada peniaga di kawsan D’Walai Suri berkaitan etika penyediaan makanan, menyantuni pelanggan, mempamer tanda harga dan kebersihan di sekitar kawasan gerai masing-masing.

“DBKK memandang serius usaha untuk menyediakan persekitaran yang bersih, selamat dan harmoni demi keselamatan semua termasuk melaksanakan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap pematuhan penjaja sentiasa dalam tahap yang terbaik,” tambah kenyataan itu.

Operasi yang melibatkan 51 pegawai dan anggota DBKK itu diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Robert Lipon.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa