Polis saran pengunjung pusat beli-belah waspada keselamatan barang peribadi

KOTA KINABALU – Polis mengingatkan orang ramai yang mengunjungi pusat beli-belah agar lebih berhati-hati terhadap keselamatan barang peribadi masing-masing.

Peringatan itu dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menerusi hantarannya di Facebook susulan terdapat beberapa laporan yang diterima mengenai kehilangan dan kecurian barang peribadi di kawasan tumpuan awam.

“Pastikan barangan peribadi (dompet, telefon, beg tangan) sentiasa berada dekat dengan anda serta elakkan daripada menyimpan barang berharga di tempat yang mudah dicapai seperti poket belakang atau ruang terbuka dalam beg.

“Elakkan juga barangan berharga anda berada di dalam troli tanpa pengawasan agar dapat mengurangkan risiko anda menjadi sasaran penjenayah,” kata kenyataan itu, pada Khamis.

Polis turut mengingatkan orang ramai agar segera melaporkan sebarang sebarang kehilangan atau melihat aktiviti mencurigakan kepada pihak keselamatan pusat beli-belah atau balai polis berdekatan untuk tindakan segera.

Related Posts

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil langkah pengawalan susulan isu gangguan monyet liar atau dikenali sebagai monyet gunung di Taman Rekreasi Gunung Lang, di sini, yang tular dan dilaporkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

MIRI – Seramai 500 murid daripada golongan asnaf di daerah ini menerima khabar gembira apabila terpilih menerima sumbangan dana Zakat i-Asnaf daripada Petronas Carigali Sdn Bhd. Sumbangan menerusi Badan Asy…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam