190 rumah terjejas selamat dihuni

SEBANYAK 190 rumah yang terjejas telah disahkan selamat diduduki semula dan kembali dihuni mangsa kebakaran paip gas Putra Heights, Subang Jaya.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan yang berkata, setakat semalam, sebanyak 487 rumah yang terjejas telah diperiksa oleh 12 agensi teknikal termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB), Air Selangor Berhad, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Kerja Raya, Majlis Bandaraya Subang Jaya dan Polis Diraja Malaysia.

“Daripada jumlah itu, rumah selamat diduduki sebanyak 328 buah dan 190 rumah telah dihuni,” katanya kepada media, hari ini.

Dalam pada itu, Hussein berkata sebanyak 306 rumah yang terjejas telah dibekalkan tenaga elektrik oleh pihak TNB.

Katanya, polis juga telah menerima sebanyak 741 laporan berkaitan insiden kejadian letupan dan kebakaran ini.

Op Gas, yang telah memasuki hari sembilan semalam, dilaksanakan dengan kekuatan 697 orang daripada 18 agensi.

“Secara keseluruhan untuk kekuatan PDRM termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) ialah seramai 169 orang.

“Pihak PGA masih membuat kawalan keselamatan 24 jam di kawasan yang terjejas untuk memastikan harta benda yang ditinggalkan mangsa dalam keadaan selamat,” katanya.

Related Posts

Imigresen buat laporan polis susulan dakwaan tular di UTC Pudu

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) membuat laporan polis berhubung satu hantaran tular di media sosial mengenai pengalaman seorang pemohon ketika berurusan di Pejabat Imigresen Cawangan UTC Pudu Sentral.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

PADANG BESAR – Kajian analisis keberkesanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang dilaksanakan bersama tiga universiti tempatan mendapati program itu memberi impak positif terhadap pembangunan pelatih. Ketua Pengarah Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM