Kerajaan putuskan isu tarif AS pada Isnin depan – Fahmi

PUTRAJAYA – Kerajaan dijangka memuktamadkan beberapa keputusan penting pada Isnin susulan pelaksanaan tarif 24 peratus yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas import Malaysia sebelum menghantar delegasi negara untuk rundingan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan akan diputuskan selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Perdagangan ASEAN esok yang akan dipengerusikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, serta mesyuarat National Geoeconomic Command Centre (NGCC) Isnin ini.

“Mesyuarat Jemaah Menteri membincangkan mengenai tarif (Presiden AS, Donald) Trump, secara khususnya mengenai mesyuarat Menteri-Menteri Perdagangan ASEAN yang akan dipengerusikan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Susulan itu, Isnin ini, NGCC akan bersidang dan hasil daripada mesyuarat esok dan perbincangan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dengan ketua kerajaan negara ASEAN, maka pada Isnin, kita akan buat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, keputusan itu adalah penting sebelum negara menghantar delegasi ke Washington untuk perbincangan lanjut serta diplomasi bagi perdagangan dua hala.

“Tarikh tepat (penghantaran rombongan) belum boleh saya nyatakan di sini, tetapi semuanya tertakluk kepada keputusan dan kelulusan Jemaah Menteri hasil daripada mesyuarat esok dan pada Isnin,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan begitu dalam mengambil sebarang tindakan kerana ianya sebahagian daripada komitmen Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menangani pelbagai isu yang berkait.

Terdahulu, pada 2 April, AS mengenakan tarif timbal balik 24 peratus ke atas import dari Malaysia dalam gelombang perang perdagangan global.

Trump pada Rabu mengumumkan gelombang tarif baharu yang belum pernah terjadi sebelum ini ke atas import dari semua negara yang berdagang dengan AS.

Antara tarif timbal balik yang tinggi dikenakan terhadap China sebanyak 34 peratus (terkini 104 peratus), Kesatuan Eropah 20 peratus, Vietnam 46 peratus, Sri Lanka 44 peratus, Kemboja 49 peratus, Laos 48 peratus dan Myanmar 44 peratus.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok