KEMERIAHAN Syawal yang masih dirasai seiring dengan penganjuran rumah terbuka pelbagai agensi, jabatan kerajaan dan lain-lain.
Dalam suasana meriah ini, kerajaan Terengganu juga mengambil kesempatan menganjurkan rumah terbuka anak perantauan Terengganu.
Menariknya rumah terbuka ini dianjurkan di negeri Perak di kawasan Lahat.
“Doh guana pah Perak pulok sek-sek kerajaan Terengganu buat rumoh terbuka ning? Ke sebab nok PRK Ayer Kuning? Ramai ngat ke orang Terengganu hok duk Peraknya?”
Dalam masa yang sama pihak penyokong Pas berterusan menyerang Kerajaan Persekutuan berhubung isu royalti dan wang ehsan petroleum, dari mana pula Kerajaan Negeri memperoleh peruntukan untuk mengadakan rumah terbuka ini?
“Siang malam tibang Kerajaan Persekutuan, kabo pittih takdok sokmo, buat rumoh terbuka ade pittih pulok.”
Pelbagai persoalan terus timbul dalam setiap tindakan Kerajaan Negeri sekarang, jelas dilihat Kerajaan Negeri Terengganu hilang arah dan fokus dan hanya tenggelam dalam permainan politik yang mereka sendiri cipta.