Tarif diumum Trump beri kesan minimum pertumbuhan ekonomi Malaysia

PERTUMBUHAN ekonomi negara mungkin mengalami sedikit impak susulan kadar tarif diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump baru-baru ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, pengumuman Trump itu turut memberi kesan kepada negara lain dan menuntut semangat seluruh negara ASEAN untuk bangkit mempertahankan hak ekonomi serantau.

Katanya, satu mesyuarat khas Kabinet mengenai tarif itu diadakan semalam bagi membincangkan tindakan yang boleh diambil untuk meredakan tekanan ekonomi negara.

“Kita tidak menafikan mungkin ada sedikit sebanyak terjejasnya pertumbuhan ekonomi yang kita rancang, pertumbuhan ekonomi kita agak baik, walaupun kalau tanya pembangkang, (mereka kata) ringgit kita paling parah, itu tidak betul, ekonomi bukan celoteh politik di kampung, ia perlu berdasarkan angka dan fakta.

“Kalau lihat umpamanya bursa saham yang merosot, seluruh dunia semalam (terkesan) termasuk Malaysia, tetapi merosot (dihadapi) Malaysia kecil ketimbang Jepun, Korea Selatan, Indonesia, Thailand, Filipina.

“Masalah ini dihadapi semua negara dan ini menuntut seluruh kekuatan ASEAN bersama,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka, pada Sabtu.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Timbalannya, Teo Nie Ching.

Hadir sama Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, barisan jemaah menteri dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Anwar berkata, sebagai negara dagangan Malaysia bergantung kepada sektor eksport contohnya seperti semikonduktor yang mencecah AS$200 juta ke AS.

Justeru, kata beliau, bagi menangani isu ini, perlu dilakukan rundingan dengan baik, tegas dan mempertahankan kepentingan negara.

Beliau berkata, AS masih menjadi rakan dagang utama negara dan selaku pengerusi ASEAN 2025, kerajaan sedang berunding dengan ketua negara ASEAN untuk membincangkan isu berkaitan bagi mendapatkan kesepakatan terbaik dalam mendepani tekanan ekonomi.

“Saya juga akan berunding dengan Perdana Menteri Jepun, Presiden Korea Selatan dan Presiden China supaya tindakan kita nampak rapi.

“Kita perlu lebih berhati-hati, kekuatan dalaman ASEAN mesti kuat, tidak boleh gopoh dalam tindakan kerana belum ada kepastian secara terperinci… mungkin kita teruskan rundingan dengan AS supaya dapat kurangkan tekanan,” ujarnya.

Related Posts

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

PADANG BESAR – Kajian analisis keberkesanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang dilaksanakan bersama tiga universiti tempatan mendapati program itu memberi impak positif terhadap pembangunan pelatih. Ketua Pengarah Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PADANG BESAR – Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan diperluaskan dengan penggunaan lebih banyak kem Askar Wataniah selain menaik taraf kem sedia ada bagi menampung penyertaan pelatih pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion