Premis Tamu Desa tambah nilai kemudahan tamu komuniti

KOTA BELUD – Pembinaan premis Tamu Desa Kampung Rosok Tampasuk bernilai RM200,000 yang kini siap sepenuhnya akan memberi nilai tambah kepada kemudahan tamu komuniti sedia ada, sekali gus memberi manfaat kepada peniaga kecil dan penduduk setempat.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, premis baharu ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan MADANI dalam memperkasakan ekonomi luar bandar melalui peruntukan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

“Bangunan berkonsepkan dewan terbuka ini bukan sahaja menambah baik kemudahan sedia ada di tamu komuniti yang diadakan setiap hari Khamis, tetapi juga memberi ruang yang lebih selesa kepada para peniaga.

“Saya gembira kerana komuniti kampung kini mempunyai premis tamu yang lebih selesa, bukan sahaja untuk menjual hasil pertanian tetapi juga bagi pelaksanaan program Jualan Rahmah.

“Kerajaan sentiasa komited dalam menyokong keperluan peniaga kecil, terutama di kawasan luar bandar, dan akan meneruskan pelaksanaan program Tamu Desa sebagai usaha memperkukuh ekonomi rakyat,” katanya selepas mengadakan lawatan ke premis Tamu Desa Kg. Rosok Tampasuk, di sini, pada Jumaat.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berkata, premis Tamu Desa ini akan menjadi platform utama bagi peniaga kecil untuk memasarkan produk tempatan, sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi komuniti setempat.

Beliau berharap kemudahan tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan menjadi pemangkin kepada peningkatan pendapatan serta kesejahteraan komuniti setempat.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam