DBKL tidak salah, perbaiki kelompongan dalam usaha banteras peniaga haram

PUTRAJAYA – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mengakui bahawa penguatkuasaan undang-undang adalah penting untuk memastikan ketertiban dan keadilan kepada semua pihak, termasuk peniaga yang berlesen.

Bagaimanapun, Presiden MCW, Jais Abdul Karim memaklumkan pendekatan yang digunakan mestilah selaras dengan prinsip kemanusiaan, keadilan, dan kebijaksanaan.

Menurutnya, pihaknya memandang serius isu tindakan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap penjaja kecil, khususnya insiden melibatkan seorang penjual belon, baru-baru ini.

“MCW memahami dilema dihadapi pihak penguat kuasa. Jika tindakan tidak diambil, mereka akan dituduh menerima rasuah; jika bertindak tegas, mereka dikritik sebagai tidak berhemah Namun, perkara pokok yang harus diperbaiki ialah pelaksanaan SOP lebih adil dan berperikemanusiaan.

“Perkara itu perlu dilaksana bagi memastikan keseimbangan dapat dicapai antara penguatkuasaan undang-undang dan kebajikan rakyat,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Ahad.

Dalam pada itu, Jais berkata, MCW mencadangkan supaya penambahbaikan SOP penguatkuasaan DBKL dilakukan dengan memberikan perhatian kepada pendekatan berhemah dan budaya rundingan.

Beliau berpandangan, penguat kuasa perlu diberikan latihan khas dalam pengurusan konflik, komunikasi efektif, dan budi bicara, terutama dalam menangani peniaga kecil yang hanya mencari rezeki secara sederhana. 

“Tindakan kasar dan kekerasan fizikal tidak boleh diterima dalam mana-mana keadaan dan perlu dielakkan sepenuhnya selain mengamalkan ketelusan dan kesaksamaan dalam penguatkuasaan.

“MCW menggesa penguatkuasaan yang konsisten dan adil terhadap semua peniaga, tanpa mengira bangsa atau status kewarganegaraan. Jangan ada pilih kasih di mana peniaga tempatan ditekan, manakala peniaga warga asing dibiarkan berleluasa tanpa tindakan,” katanya.

Mengulas lanjut, Jais menegaskan, DBKL diharap dapat mempertimbangkan untuk memberikan kelonggaran sementara kepada penjaja kecil tanpa lesen sepanjang bulan Ramadan, dengan syarat golongan terbabit tidak mengganggu lalu lintas dan kebersihan. 

Katanya, langkah itu akan membantu golongan berpendapatan rendah mencari rezeki secara sah, tanpa perlu berdepan risiko ditindas oleh penguat kuasa. 

“Untuk memastikan integriti penguatkuasaan, MCW mencadangkan supaya setiap operasi penguatkuasaan DBKL dipantau melalui rakaman kamera badan (body cam) dan laporan audit berkala yang dapat mengelakkan salah guna kuasa, penyalahgunaan budi bicara, serta mengelak tuduhan rasuah terhadap anggota penguatkuasa. 

“MCW tidak menafikan kepentingan penguatkuasaan undang-undang, tetapi ia harus dilaksanakan dengan lebih bijaksana, beradab, dan tidak menindas golongan marhaen. Pihak berkuasa perlu memahami sensitiviti masyarakat, terutama dalam musim perayaan.

“Mereka perlu bertindak secara profesional agar kepercayaan rakyat terhadap sistem penguatkuasaan tidak terhakis. MCW bersedia untuk berdialog dengan DBKL dan pihak berkepentingan lain bagi merangka polisi yang lebih adil, telus, dan manusiawi demi kebaikan bersama,” katanya.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video memaparkan insiden kekecohan selepas berlaku perselisihan antara penguat kuasa DBKL dan penjual barangan tanpa lesen di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR), Kuala Lumpur.

Rakaman video yang dipercayai diambil peniaga sekitar lokasi itu mulanya menunjukkan beberapa anggota penguat kuasa DBKL sedang merampas belon dijual seorang individu.

Suasana di situ bagaimanapun bertukar menjadi kecoh selepas peniaga tersebut dipercayai tidak memberikan kerjasama.

Susulan insiden itu, DBKL dalam satu kenyataan pada Sabtu menjelaskan sudah memberi teguran sebanyak tiga kali kepada peniaga belon terbabit.

Bagaimanapun katanya, penjaja tersebut mula bertindak agresif dan berlaku sentuhan fizikal apabila dia menolak petugas penguat kuasa ketika teguran ketiga diberikan.

Related Posts

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keberanian untuk berdialog dan mempertahankan pandangan berasaskan fakta mencerminkan kematangan sesebuah masyarakat dalam mendepani perbezaan pendapat. Beliau berkata, budaya dialog…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pengundi di Johor supaya membuat pilihan yang tepat dengan memilih barisan kepimpinan negeri yang berintegriti, berwibawa dan komited memperjuangkan kebajikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng