Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

KUALA PERLIS – Kelicikan sindiket penyeludupan dadah yang menyusup perairan negara dalam kegelapan malam bagaimanapun tidak dapat mengaburi pihak berkuasa.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, sepasukan anggota penguatkuasaan marin jabatan itu berjaya menghidu kegiatan jenayah tersebut di perairan Kuala Perlis.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 pagi Isnin lalu apabila sebuah bot mencurigakan dikesan bergerak dari arah perairan Thailand menuju ke Sungai Baru.

“Bot tersebut tidak mempunyai nombor pendaftaran dan disyaki cuba menyeludup masuk barang terlarang ke dalam negara.

“Anggota operasi mengarahkan bot itu berhenti namun jurumudinya terus memecut laju ke kawasan perairan cetek sebelum beberapa individu melarikan diri ke daratan,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas bot tersebut menemui sebanyak 18 guni putih dan satu guni hijau berisi bungkusan dadah jenis Methamphetamine.

Keseluruhan dadah yang disita seberat 363 kilogram itu dianggarkan bernilai RM11.6 juta.

Difahamkan, dadah tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan dan antarabangsa dengan cubaan membawa masuk melalui jalan laut yang sukar dikesan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan,” katanya.

Tambah Ismail, pihaknya turut menyeru orang ramai agar membantu menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan agar tindakan segera dapat diambil.

“Orang ramai boleh menghubungi Talian Bebas Tol Kastam di 1-800-88-8855 atau hadir ke pejabat Kastam berhampiran,” katanya lagi.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff