Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

KUCHING – Dalam usaha menyokong rakan pemandu sepanjang bulan Ramadan, Maxim menganjurkan program berbuka puasa bersama serta menyampaikan bantuan keperluan asas kepada pemandu yang memerlukan.

Menurut kenyataan rasmi Maxim, pihak Maxim Samarahan turut bekerjasama dengan Masjid Nur Hidayah bagi mengadakan majlis iftar bersama lebih 50 rakan pemandu serta masyarakat setempat. 

“Inisiatif ini bertujuan menghargai pengorbanan pemandu yang bekerja keras terutama pada waktu puncak, di mana mereka sering kesuntukan masa untuk berbuka puasa dengan sempurna.

Ketua bahagian Maxim Samarahan, Matius Jawi berkata, program ini adalah sebahagian daripada komitmen syarikat dalam menyokong kebajikan masyarakat yang berkerja keras sepanjang bulan Ramadan. 

“Kempen seperti ini penting untuk menekankan nilai solidariti dan kasih sayang terhadap mereka yang bertungkus-lumus mencari rezeki. 

“Kami ingin memastikan rakan pemandu dapat berbuka puasa sambil menghargai usaha mereka dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang,” katanya.

Selain program iftar, Maxim turut menyalurkan bantuan keperluan asas kepada pemandu terpilih yang memerlukan. 

Bantuan ini diagihkan dua minggu sebelum Aidilfitri sebagai persediaan menyambut lebaran dan merangkumi barangan seperti beras, biskut, telur, dan keperluan asas lain.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff