Pemakaian lencana Jalur Gemilang wajib mulai April, setiap pelajar dapat 2 percuma

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan membekalkan lencana Jalur Gemilang sebanyak dua unit secara percuma bagi semua pelajar untuk sesi persekolahan 2025/2026.

KPM menerusi kenyataan memaklumkan, inisiatif tersebut dilaksana susulan langkah KPM melaksanakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar di institusi pendidikan bawah kelolaannya berkuat kuasa mulai 21 April 2025 secara berperingkat.

Jelasnya, pelaksanaan perkara itu akan membabitkan semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia.

“Sebagai permulaan, setiap murid akan dibekalkan dua lencana Jalur Gemilang secara percuma untuk sesi persekolahan 2025/2026.

“Garis panduan pemakaian lencana telah disediakan bagi memastikan keseragaman pelaksanaan di semua institusi pendidikan bawah kelolaan KPM,” katanya, pada Khamis.

Dalam pada itu, KPM berkata, sekolah bukan sekadar pusat pembelajaran, tetapi juga memainkan peranan penting dalam memupuk jati diri serta semangat nasionalisme dalam kalangan generasi muda

“Ia dilaksanakan bertujuan menyemai semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan pelajar dan warga pendidik.

“Inisiatif itu bertepatan dengan fungsi institusi pendidikan untuk menyemai rasa cinta akan negara dan menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda,” katanya.

Mengulas lanjut, KPM menegaskan, lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid juga melambangkan perpaduan antara murid dari pelbagai kaum, budaya dan latar belakang di Malaysia. 

Katanya, penggunaan lencana itu mengingatkan murid tentang kepentingan memupuk perpaduan yang dilambangkan melalui elemen-elemen dalam bendera.

“Pada masa sama, pakaian seragam murid yang dilengkapi dengan lencana Jalur Gemilang mencerminkan identiti kebangsaan dan dapat menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan murid selain mendidik tentang sikap bertanggungjawab dan berdisplin.

“Lencana Jalur Gemilang bukan hanya sekadar hiasan, tetapi simbol penting yang perlu dihormati. Ia adalah satu cara untuk menunjukkan simbol penghormatan terhadap negara, yang dilambangkan oleh bendera itu sendiri selain suatu cara mudah dan jelas bagi murid untuk menyatakan kesetiaan mereka kepada negara dan nilai-nilai yang terkandung di dalamnya, seperti kemerdekaan, kedaulatan dan perpaduan.

“Selain itu, penggunaan lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah juga dapat meningkatkan rasa bangga murid terhadap negara seterusnya menjadi individu yang berjaya pada masa hadapan,” katanya.

Related Posts

Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mencadangkan supaya sesi taklimat media secara berkala diadakan berhubung pelaporan isu penyelesaian sempadan darat sektor Sabah-Kalimantan Utara (KALTARA) bagi mengelakkan salah faham…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

Pengunjung puji keunikan Taman Negara Niah, sokong usaha naik taraf

Pengunjung puji keunikan Taman Negara Niah, sokong usaha naik taraf

KBSK pantau Kod Sukan Selamat, jamin keselamatan pelajar

KBSK pantau Kod Sukan Selamat, jamin keselamatan pelajar

Sarawak tawar pendidikan tinggi percuma, bantuan khas RM876.2 juta

Sarawak tawar pendidikan tinggi percuma, bantuan khas RM876.2 juta

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal