Sarawak tawar pendidikan tinggi percuma, bantuan khas RM876.2 juta

KUCHING – Sarawak kekal komited dalam membela nasib rakyatnya melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif berskala besar, termasuk penawaran pendidikan tinggi secara percuma dan peruntukan ratusan juta ringgit untuk bantuan khas kelangsungan hidup.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kepemimpinan kerajaan negeri mengambil pendekatan yang inklusif dan progresif bagi memastikan tiada golongan yang tercicir daripada arus pembangunan.

Beliau menjelaskan bahawa Sarawak bertuah kerana menjadi satu-satunya negeri yang berani menanggung kos pengajian anak tempatan melalui inisiatif skim pendidikan percuma.

“Anak-anak Sarawak yang melanjutkan pengajian dalam bidang kritikal seperti Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM), Undang-undang, Perakaunan, Perubatan, dan Psikologi di universiti di Sarawak akan dibiayai.

“Kita dapat menyaksikan ramai anak-anak kita menerima biasiswa ini, malah ada yang mendapat jumlah tajaan sehingga RM100,000,” kata beliau, menyifatkan ia sebagai bukti kesungguhan kerajaan dalam membangunkan modal insan negeri.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Konvensyen Gabungan Parti Sarawak (GPS) Kedua yang dihadiri oleh 5,100 perwakilan dari seluruh Sarawak.

Dalam mendepani cabaran krisis tenaga dan ketidaktentuan ekonomi global, Uggah yang juga Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sentiasa proaktif dalam menjaga kesejahteraan rakyat.

“Premier kita (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) telah memperuntukkan sebanyak RM876.2 juta untuk membantu rakyat yang diumumkan pada 16 April baru-baru ini. Inisiatif Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) ini merangkumi pemberian diskaun bil elektrik serta bantuan khusus kepada golongan peniaga,” jelas beliau.

Menyentuh soal keharmonian dan kebajikan sosial, beliau menegaskan dasar pentadbiran GPS memastikan setiap agama dan komuniti di negeri itu terpelihara.

Buktinya, Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) terus diperkasa dengan peruntukan dana yang besar bagi menyokong keperluan rumah-rumah ibadat.

“Sehingga tahun ini, sebanyak RM640 juta telah diperuntukkan kepada UNIFOR untuk membantu agama-agama lain, yang jelas menunjukkan bahawa beliau (Abang Johari) adalah pemimpin untuk semua,” tambahnya.

Langkah-langkah holistik yang merangkumi pendidikan percuma, bantuan kos sara hidup, dan dana rumah ibadat ini membuktikan kesungguhan GPS dalam meletakkan maruah dan kebajikan rakyat Sarawak sebagai agenda paling utama.

v

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen