Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

SANDAKAN – Kira-kira 200 rumah kediaman atas air di Kampung Bahagia, musnah dalam kebakaran besar yang berlaku awal pagi Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, PKPgB Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam pukul 1.32 pagi sebelum jentera pertama tiba di lokasi kejadian pada pukul 1.48 pagi, dengan jarak perjalanan kira-kira 15 kilometer (km).

“Kebakaran melibatkan rumah jenis tidak kekal dengan anggaran keluasan keseluruhan sekitar 300 meter persegi dan terbakar sepenuhnya.

“Pasukan bomba menghadapi kesukaran untuk memasuki kawasan kejadian berikutan laluan yang sempit, sekali gus menghalang pergerakan jentera.

“Selain itu, keadaan air laut yang surut turut menyukarkan usaha mendapatkan sumber air terbuka, ditambah dengan faktor angin kencang serta kedudukan rumah yang rapat menyebabkan api merebak dengan cepat,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Menurut Jimmy, operasi pemadaman melibatkan 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan dan BBP Kinabatangan, dengan bantuan beberapa agensi lain termasuk Sabah Electricity (SE), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pasukan bomba menggunakan beberapa aliran hos sepanjang 400 kaki dengan enam pancutan air bagi mengawal kebakaran, selain mendapatkan sumber air daripada lori tangki serta pili bertekanan milik sebuah kilang berhampiran.

“Setakat ini, operasi pemadaman masih dijalankan dan kebakaran dilaporkan belum dapat dikawal sepenuhnya.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut setakat laporan ini dikeluarkan,” kongsinya.

o

Related Posts

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Miri menggesa pihak berkuasa memberikan penjelasan secara telus berhubung isu penamatan kontraktor bagi projek naik taraf Kolam Renang Awam Miri yang dilaporkan sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi