Operasi Semut 1945, simbol penentangan penjajahan Jepun di Bario

KUCHING – Operasi Semut 1945 merupakan salah satu peristiwa bersejarah dalam lipatan sejarah Sarawak ketika Perang Dunia Kedua.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Operasi Semut merupakan simbol keberanian tentera Bersekutu yang terdiri daripada Britain, Australia, New Zealand serta wira tempatan yang menentang penjajahan Jepun.

“Hari ini (Selasa) merupakan ulang tahun ke-80 peristiwa Operasi Semut yang berlaku ketika Perang Dunia Kedua,” kata beliau.

Beliau berkata, Taman Peringatan Bario juga tempat berlakunya peristiwa bersejarah tersebut kini dikenali sebagai destinasi pelancongan bersejarah yang penting.

“Taman Peringatan Bario juga menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa yang ingin memahami sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian ketika berucap pada Majlis Memperingati Operasi Semut 1945 di Bario ke-80 pada Selasa.

Sementara itu, satu lakonan semula pendaratan payung terjun Operasi Semut 1945 di Padang Merdeka pada 27 Mac ini.

Acara ini mendapat sokongan Suruhanjaya Tinggi Australia, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Bomba Malaysia.

Sempena ulang tahun Operasi Semut ke-80, beberapa pemimpin kerajaan, wakil diplomatik dari Australia, New Zealand dan United Kingdom serta ahli keluarga para veteran turut hadir dalam majlis tersebut. 

Related Posts

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

SUNGAI PETANI – Seorang wanita yang masih menyusukan bayi berusia empat bulan dicekup ketika melepaskan gian bersama tiga lagi individu di sebuah rumah di sini kelmarin. Suspek berusia 27 tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor menzahirkan kekesalan terhadap insiden amang seksual songsang yang didakwa melibatkan seorang guru dan pelajar di sebuah sekolah agama di negeri itu. Exco Hal Ehwal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

  • By Ithma
  • August 19, 2026
Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat