MUIS terima lebih RM100 juta kutipan zakat bagi tahun 2024

KOTA KINABALU – Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menerima kira-kira lebih RM100 juta kutipan zakat pada tahun lalu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, jumlah kutipan itu diagihkan dan disampaikan kepada golongan yang berhak menerima.

“Zakat kita pada tahun lepas lebih RM100 juta dan kita tunaikan lebih daripada itu.

“Kerana ada baki lagi yang kita agihkan, tidak ada yang terbaki, melainkan kita sampaikan kepada fakir, miskin.

“Yang sangat menarik kita telah memberikan sumbangan besar untuk pembangunan pendidikan, lebih kurang RM40 juta disumbangkan pada tahun lepas,” katanya ketika ditemui selepas Program Mutiara Kasih Ramadan dan Sinar Tinta Mahrajan, di Magellan Sutera Harbour Resort, di sini, pada Isnin.

Sehubungan itu, Arifin berkata, menerusi program berkenaan, MUIS turut menerima kira-kira penyerahan RM4 juta zakat perniagaan daripada agensi-agensi perniagaan.

Antara agensi terlibat termasuk TM Technologies Services Sdn Bhd dengan penyerahan sebanyak RM509,262, Agrobank RM500,000, Bank Muamalat RM452,515 dan Takaful Malaysia RM400,000 serta enam lagi agensi lain.

Turut diadakan penyerahan sumbangan tunai daripada MUIS kepada 50 orang asnaf sekitar Kota Kinabalu, yang disempurnakan oleh isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Faridah Tussin dan isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag selaku Yang Dipertua MUTIARA GRS.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Jumain Abdul Ghani dalam ucapannya menyeru kepada semua agar menunaikan zakat.

“Terutamanya yang belum membayar zakat, kerana kini masih lagi sempat untuk menunaikan zakat fitrah,” kata beliau.

Tambahnya, majlis ini merupakan himpunan tiga program yang menggabungkan Program Mutiara, Program Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Sabah Malaysia dan Program Iftar Agensi-Agensi Islam Sabah.

Antara pengisian acara lain termasuk Pelancaran Buku Mahrajan Persuratan Islam Nusantara Sabah Malaysia, penyerahan watikah pelantikan Sekretariat Mahrajan, penyampaian Anugerah Khas dan tazkirah oleh Ustaz Derry Sulaiman.

Related Posts

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak menyambut baik keputusan membatalkan arahan kawalan jualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di negeri ini.   Pengerusinya yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

MIRI – Potensi Miri sebagai destinasi edupelancongan bakal diperkukuh menerusi kerjasama strategik bersama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) membabitkan pembangunan pakej pendidikan antara Miri, Bintulu dan Brunei. Timbalan Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan