Polis Manjung minta bantuan orang ramai kes kemalangan maut 11 kenderaan di WCE

MANJUNG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Manjung meminta individu yang mempunyai maklumat berkaitan nahas kemalangan membabitkan 10 motosikal dan sebuah lori di Kilometer 221.5 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan Sabtu lalu tampil salurkan maklumat berkaitan kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abdul Rahman berkata, susulan kes terbabit, seorang penunggang motosikal maut manakala tujuh lagi cedera.

Jelasnya, hasil siasatan awal mendapati, mangsa berusia 18 tahun sedang berkonvoi dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR.

Ujarnya, ketika di lokasi kejadian sekitar 1 pagi, mangsa telah hilang kawalan sebelum melanggar belakang sebuah lori yang sedang bergerak perlahan di lorong kecemasan.

“Mangsa dari arah Changkat Chermin menuju ke Sitiawan.

“Ketika konvoi, motosikal ditunggang mangsa dipercayai telah hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang kanan sebuah lori yang bergerak perlahan di lorong kecemasan.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa telah jatuh di laluan utama dan datang sembilan buah motosikal lain masing-masing ditunggang lelaki berusia 18 sehingga 23 tahun, tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa dan kenderaannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Hasbullah, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala tujuh penunggang lain mengalami kecederaan telah dirawat di Hospital Seri Manjung.

Pihaknya telah membuka kertas siasatan kes nahas jalan raya berkenaan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pada masa sama beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Terdahulu, tular video dan gambar di media sosial memaparkan pelanggaran beberapa motosikal di lebuh raya hingga mengakibatkan seorang penunggang maut.

Justeru itu, Hasbullah meminta, individu yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta tampil atau menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Inspektor Mohd Fahrulrazhi Zakaria di talian 012-4433441,” ujar beliau.

Related Posts

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak menyambut baik keputusan membatalkan arahan kawalan jualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di negeri ini.   Pengerusinya yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

MIRI – Potensi Miri sebagai destinasi edupelancongan bakal diperkukuh menerusi kerjasama strategik bersama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) membabitkan pembangunan pakej pendidikan antara Miri, Bintulu dan Brunei. Timbalan Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan