‘Henti cetus isu jual tapak Kuil Dewi Sri Pathra Kaliamman’

PUTRAJAYA – Tidak seharusnya ada pihak mencetuskan kontroversi dengan membangkitkan dakwaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara senyap-senyap menjual tanah tapak Kuil Dewi Sri Pathra Kaliamman di Jalan Masjid India.

Penasihat Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, ini kerana DBKL berkuasa menjual pegangannya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya tanpa merujuk kepada mana-mana pihak.

Malah katanya, pembelian tanah terbabit tidak boleh dibatalkan susulan penjual dibuat dengan niat suci dan balasan yang bernilai (bona fide purchaser for valuable consideration).

“Saya memuji tindakan pemilik berdaftar yang memberi akujanji tidak akan merobohkan kuil tersebut sebelum perpindahan kuil dimuktamadkan. Ini adalah akhlak yang dianjurkan Islam supaya menghormati hak beragama masyarakat bukan Islam.

“Sehubungan itu, semua pihak diminta bertenang berhubung isu tapak Kuil Dewi Sri Pathra Kaliamman di Jalan Masjid India. Jangan mudah melatah dan membiarkan proses rundingaan dibuat secara harmoni dan aman,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Zainul menegaskan
proses rundingan mengenai pemindahan kuil berkenaan sebelum ini berjalan dengan baik tetapi menjadi kontroversi disebabkan beberapa individu lain yang cuba mencetuskan isu tersebut sehingga menimbulkan kekeliruan kepada pelbagai pihak.

“Mengenai isu wakaf yang diniatkan oleh pengasas syarikat pemilik tanah tersebut, apabila instrumen wakaf telah lengkap, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebagai pemegang amanah harta wakaf di Wilayah Persekutuan akan mengambil alih pemilikan wakaf tersebut.

“Buat masa ini instrumen wakaf tersebut masih belum disempurnakan. Biarlah rundingan yang sedang berjalan diteruskan. Jangan ganggu rundingan tersebut. Hasrat murni untuk melaksanakan wakaf adalah hak beragama pengasas syarikat pemilik tanah tersebut dan mesti dihormati,” katanya.

Terdahulu, peguam yang mewakili jawatankuasa Kuil Dewi Sri Pathra Kaliamman mendakwa DBKL pernah mengarahkan kuil yang asalnya dibina pada 1893 itu berpindah beberapa meter ke lokasi sedia ada.

Namun, pada 2014 tanah tersebut dikatakan telah dijual kepada Jakel Trading Sdn Bhd tanpa pengetahuan pihak kuil, untuk pembangunan sebuah masjid.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menggesa agar semua pihak tidak membangkitkan sentimen keagamaan dan membenarkan rundingan diteruskan. Beliau turut menyatakan hasrat untuk melancarkan pembinaan masjid tersebut minggu hadapan.

Anwar dalam kenyataannya menyebut kuil berkenaan dibina secara tidak sah di atas tanah tersebut.

Namun katanya, pemilik tanah, Jakel Trading Sdn Bhd telah menawarkan bantuan demi menjaga keharmonian manakala DBKL pula sedang berusaha mencari lokasi alternatif untuk menempatkan semula kuil tersebut.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP