Kenapa nak ‘berkawan’ dengan Bersatu yang nak bunuh UMNO?

UMNO tidak mahu ‘berkawan” dengan Bersatu yang mempunyai sejarah mahu membunuh parti itu sewaktu kedua-dua parti itu berada dalam kerajaan sebelum ini.

Malah, Datuk Lokman Noor Adam mengingatkan parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai gelagat Bersatu yang sering mengkhianati UMNO sehingga memecah belahkan perpaduan di kalangan parti itu dahulu.

“UMNO tidak pernah lupa pengkhianatan Bersatu terhadap parti ini.

“Sebab apa UMNO perlu bekerjasama dan berkawan dengan Bersatu yang niat sebenar yang mula-mula disorok Bersatu adalah untuk tamatkan riwayat UMNO buat selama-lamanya dengan menggunakan pelbagai cara termasuk menyogok ahli UMNO dan khianat UMNO,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menegaskan, wadah perjuangan Bersatu berbeza dengan partinya kerana kewujudan Bersatu adalah tidak lain tidak bukan hanya untuk melemahkan dan membunuh UMNO.

“Kepada (Datuk Seri) Hamzah Zainuddin, UMNO tidak sesekali melupakan Pengkhianatan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada tahun 2020 lalu di mana ia merupakan punca kegagalan kerjasama antara Bersatu dengan UMNO.

“Bagi UMNO pengkhianat tetap pengkhianat. Bersatu lahir daripada DNA serta rahim pengkhianat. Kalau tidak kerana ‘mencuri’ kerusi UMNO sebelum ini, tidak mungkin Bersatu mempunyai bilangan ahli parlimen yang ramai dalam Dewan Rakyat,” katanya.

Sebelum ini, dalam siri podcast Keluar Sekejap, Hamzah membayangkan Bersatu dan Umno boleh menjalinkan hubungan politik semula demi untuk orang Melayu dan Islam.

“Kesimpulannya, ketika UMNO berada dalam kesusahan selepas PRU-14 (2018) dulu, kamu tinggalkan UMNO. Bila kamu berkuasa, sekali lagi kamu tidak pandang institusi UMNO.

“Kini, bila kamu susah, kamu ingin bersama UMNO dengan “beretorik” (konon) untuk memperjuangkan agenda Melayu dan Islam,” kata Lokman.

Bersatu merupakan parti serpihan UMNO yang ditubuhkan pada 2016 oleh Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bersatu merupakan parti komponen dalam Pakatan Harapan yang menumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018 yang menyaksikan Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

Peristiwa pengkhiantan Langkah Sheraton pada Mac 2020 telah membawa kerjasama kedua-dua parti itu berada dalam kerajaan PN yang diterajui Muhyiddin.

Related Posts

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

SEGAMAT – Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap, Noraziah Mohd Razit menampilkan tiga tekad utama dalam membawa perubahan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sekiranya menang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PAC syor pegangan saham tempatan MAHB dikekalkan sekurang-kurangnya 70 peratus

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan pegangan saham tempatan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang dimiliki Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikekalkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan