Menjelang pemilihan PKR, Mohd Azlan pertimbang tanding jawatan MPP

IPOH – Setiausaha PKR Perak, Mohd Azlan Helmi masih mempertimbangkan untuk bertanding bagi jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) menjelang pemilihan parti tersebut pada Mei nanti.

Beliau yang juga Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak menjelaskan keputusan itu sedang dalam penilitian ekoran akar umbi mahu beliau bertanding di peringkat pusat.

Beliau juga turut mengesahkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang PKR Kampar bagi pemilihan April nanti.

“Ada hasrat daripada akar umbi di Perak minta saya tawaran diri bertanding di peringkat MPP parti.

“Namun saya masih dalam pertimbangan berkaitan perkara itu dan akan buat keputusan sebelum tarikh pengundian nanti.

“Alhamdulillah, saya juga menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang PKR Kampar untuk pemilihan peringkat Cabang April ini,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan program Meriah Beraya Sejahtera Bersama 2025 di Pasar Raya Mydin, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak, di sini pada Ahad.

Pada majlis itu, seramai 200 keluarga dalam kawasan DUN Tualang Sekah terpilih menerima wang tunai RM150 bagi membeli keperluan dan persiapan raya melibatkan peruntukan keseluruhan RM30,000.

PKR sebelum ini telah memutuskan pemilihan bagi jawatan MPP, Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) diadakan pada 24 Mei nanti.

Manakala pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang ditetapkan pada 11 hingga 20 April.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP