Empat cedera ambulans terbabas

PEMANDU, doktor, jururawat dan pesakit yang menaiki sebuah ambulans cedera ringan selepas tayar belakang sebelah kiri pecah ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu (HSNZ) dari Hospital Kemaman jam 12.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd Sofian Redzuan berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan di Kilometer 49 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di kawasan Jambu Bongkok, dekat Marang, membabitkan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ambulans dipandu lelaki berusia 41 tahun dan penumpang terdiri daripada seorang doktor perempuan berusia 28 tahun dan dua jururawat serta seorang pesakit masing-masing berusia 21 tahun.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila tayar belakang sebelah kiri pecah di tempat kejadian.

“Akibat kejadian itu, van berkenaan terbabas ke kiri jalan dan merempuh sebatang pokok di sebelah kiri jalan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Semua dalam ambulans cedera ringan dan dihantar ke HSNZ untuk rawatan.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok