Jangkaan hujan berterusan di Sabah, Kelantan, Terengganu hingga Isnin

JABATAN Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan dan Terengganu sehingga Isnin ini.

Ketua Pengarah METMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa keadaan cuaca buruk itu diramalkan berlaku di Sabah membabitkan kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat, hari ini.

Amaran sama turut dikeluarkan melibatkan beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu, pada 23 dan 24 Mac (esok hingga lusa).

“Di Kelantan, cuaca hujan berterusan dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh, manakala di Terengganu pula melibatkan keseluruhan kawasan,” katanya.

Beliau sekali gus mengingatkan penduduk di kawasan terbabit supaya berwaspada terhadap kemungkinan berlaku banjir kilat dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Orang ramai juga dinasihat mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi METMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca dan saluran media sosial rasmi jabatan itu.

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi hotline METMalaysia melalui talian 1-300-22-1638.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok