Kerajaan salur RM50.6 juta untuk bantu mangsa banjir Johor

PUTRAJAYA – Kerajaan Persekutuan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyalurkan RM50.61 juta untuk membantu mangsa banjir di Johor, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, dana itu termasuk RM50 juta Bantuan Wang Ihsan (BWI), RM500,000 untuk pengurusan pengoperasian bencana dan RM114,609 bagi penyelenggaraan pusat pemindahan sementara (PPS).

“Saya menzahirkan rasa simpati terhadap para penduduk yang terjejas akibat banjir di daerah Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Pontian dan Kulai.

“Saya berharap semua mangsa banjir terus diberi kekuatan dan kesabaran, apatah lagi dalam musim persiapan menyambut Aidilfitri,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Pusat Kawalan Bencana Negara melaporkan sehingga 12 tengah hari tadi, jumlah penduduk terjejas banjir ditempatkan di PPS di Johor adalah seramai 10,851 orang, berbanding 753 orang semalam.

Mengenai situasi banjir di negeri itu, Ahmad Zahid berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menggerakkan aset pengoperasian bagi memastikan tindakan mencari dan menyelamat mangsa dapat dilakukan sebaiknya.

“NADMA juga mengeluarkan Notis Kesiapsiagaan Operasi Bencana pada 18,19 dan 21 Mac 2025 kepada Jawatankuasa Pengurusan Negeri dan Daerah apabila Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan.

“Notis ini bertujuan untuk meningkatkan kesiapsiagan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku di kawasan berisiko,” katanya.

Related Posts

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

KUANTAN – Kementerian Pendidikan (KPM) merancang untuk memperluas inisiatif Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) dengan penambahan sekurang-kurangnya lima hingga tujuh sekolah lagi tahun hadapan. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

PUTRAJAYA – Cadangan pemberian subsidi minyak kepada pusat kebajikan wajar dipertimbangkan bagi membantu melancarkan operasi harian institusi berkenaan. Perkara ini dilihat susulan peningkatan kos bahan api sejak kebelakangan ini yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi