Telupid tersenarai dalam 20 Bandar Paling Bahagia 2025 

PUTRAJAYA – Telupid, Sabah, tersenarai sebagai antara satu daripada 20 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2025.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengumumkan perkara itu ketika merasmikan Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2025 di Dewan Kristal, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), pada Khamis. 

Menurut kenyataan KPKT, Telupid termasuk dalam lapan bandar paling bahagia di bawah Kategori Majlis Daerah, bersama Bandar Lipis, Cameron Highlands, Kuala Krai, Bandar Baharu, Kuala Pilah, Jerantut dan Jelebu. 

“Bagi Kategori Majlis Bandaraya atau Perbandaran, bandar yang menerima pengiktirafan ialah Bintulu, Temerloh, Bandaraya Johor Bahru, Bandaraya Diraja Klang, Port Dickson, Jasin, Pontian, Ampang Jaya, Batu Pahat, Bandaraya Melaka Bersejarah, Petaling Jaya dan Putrajaya. 

“Kajian Indeks Kebahagiaan yang melibatkan 153 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Kuala Lumpur, dan Labuan), Sabah, serta Sarawak menunjukkan bahawa 115 bandar mencapai status bahagia pada tahap 75 peratus, manakala 38 bandar berada pada tahap 25 peratus. 

“Indeks Kebahagiaan Malaysia juga mencatat peningkatan lima mata dalam tempoh lima tahun, daripada 83.34 peratus pada tahun 2020 kepada 88.84 peratus pada tahun 2025,” kata kenyataan tersebut.

Menurut KPKT, Indeks Kebahagiaan diukur di bawah Program Jaringan Penunjuk Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (MURNInets) yang diselia oleh PLANMalaysia. 

“Indeks ini menilai tahap kesejahteraan penduduk berdasarkan aspek kesihatan, kesejahteraan mental dan fizikal, serta kualiti perkhidmatan yang disediakan, termasuk penjagaan persekitaran, pengurusan sisa pepejal dan kutipan sampah yang berkesan,” menurut kenyataan itu. 

Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia yang bertemakan ‘Prihatin dan Kebersamaan #DemiPertiwi’ diraikan setiap 20 Mac bagi mengiktiraf keseimbangan antara pembangunan fizikal, sosial, dan alam sekitar ke arah kesejahteraan masyarakat. 

Pada majlis tersebut, ‘Laporan Kebahagiaan Bandar Malaysia 2025’ turut dilancarkan, memaparkan pencapaian indeks kebahagiaan merangkumi 14 bidang yang dinilai. 

“Laporan ini boleh dijadikan rujukan oleh kerajaan negeri dan PBT dalam menambah baik aspek yang diperlukan bagi meningkatkan kesejahteraan serta kebahagiaan penduduk di kawasan masing-masing,” jelas kenyataan itu. 

Sambutan dan pengukuran Indeks Kebahagiaan Malaysia adalah sejajar dengan agenda global ‘Sustainable Development Goals (SDGs)’, khususnya SDG 11 (Sustainable Cities and Communities), bagi membangunkan bandar yang bahagia, sejahtera, mampan dan selamat selaras dengan konsep Malaysia MADANI.

Related Posts

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

PUTRAJAYA – Cadangan pemberian subsidi minyak kepada pusat kebajikan wajar dipertimbangkan bagi membantu melancarkan operasi harian institusi berkenaan. Perkara ini dilihat susulan peningkatan kos bahan api sejak kebelakangan ini yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

KUALA LUMPUR – Meta Platforms memperkenalkan penambahbaikan ciri keselamatan Akaun Remaja di Instagram di Malaysia menerusi pelaksanaan tetapan kandungan 13+ serta kawalan ibu bapa yang lebih komprehensif bagi pengguna berusia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese