Zii Jia ke suku akhir tewaskan pemain tuan rumah

KUALA LUMPUR – Kem badminton negara terus memberi khabar gembira apabila pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia menepati ramalan mara ke suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024, sebentar tadi.

Zii Jia mudah mengatasi lawannya pada pusingan 16 terakhir yang juga wakil tuan rumah, Toma Junior Popov di set pertama dengan meraih kemenangan 21-13.

Biarpun berdepan sokongan padu penonton tuan rumah di Porte de La Chapelle Arena, Zii Jia yang berada di ranking ketujuh dunia tenang menyerap tekanan.

Popov membuka tirai set kedua dengan mengutip mata pertama namun kesilapan dilakukan membenarkan Zii Jia mengikat semula kedudukan.

Set kedua kemudian berlangsung agak seimbang sebelum Popov yang berada di ranking ke-20 dunia mendahului permainan pada ketika 13-12 namun Zii Jia kembali mengikat mata di kedudukan 14-14.

Kedua-dua pemain saling mengejar sehingga terikat 20-20 untuk dius sebelum Zii Jia memuktamadkan saingan dengan keputusan 24-22 dalam tempoh 47 minit.

Untuk rekod, pertemuan ini adalah yang kelima buat kedua-dua pemain dengan Zii Jia memenangi kesemuanya.

Menanti Zii Jia pada suku akhir pemain ranking ketiga dunia dari Denmark, Anders Antonsen yang mendapat bye ke suku akhir sebagai juara Kumpulan E.

Related Posts

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

BAYERN Munich mara ke final Piala Jerman buat kali pertama dalam tempoh enam tahun selepas menewaskan Bayer Leverkusen 2-0. Jaringan Harry Kane dan Luis Diaz memastikan kemenangan buat skuad kendalian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

MANCHESTER City memintas Arsenal di puncak Liga Perdana Inggeris selepas mencatat kemenangan 1-0 di Turf Moor yang menyaksikan Burnley tersingkir, awal pagi tadi. Kekalahan itu mengesahkan Clarets turun buat kali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET, KPDN berganding bahu tingkatkan ekosistem harta intelek

MINDET, KPDN berganding bahu tingkatkan ekosistem harta intelek

Isu diesel ke Filipina: MCMC ambil keterangan wanita, sita telefon

Isu diesel ke Filipina: MCMC ambil keterangan wanita, sita telefon

Majikan swasta disaran laksana kerja fleksibel tangani tekanan kos

Majikan swasta disaran laksana kerja fleksibel tangani tekanan kos

Catat kutipan cukai tertinggi RM203.9 bilion bukti kecekapan HASiL

Catat kutipan cukai tertinggi RM203.9 bilion bukti kecekapan HASiL

Calon Ketua SPRM baharu sudah ada, tunggu masa diumum – PM

Calon Ketua SPRM baharu sudah ada, tunggu masa diumum – PM

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar