Sistem pertahanan dunia sudah rosak, kata Anwar

DATUK Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sistem pertahanan dunia sudah rosak apabila mengizinkan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza terus berlaku, dengan lebih 400 nyawa dilaporkan terkorban dalam serangan terbaharu, semalam.

Perdana Menteri berkata, Israel berterusan menyerang dan melakukan keganasan meskipun dalam tempoh gencatan senjata.

“Sebenarnya, kita (Malaysia) tidak setuju (dengan tindakan Israel)… bunyinya (gencatan senjata) iaitu menghentikan serangan ganas terhadap rakyat termasuk wanita dan kanak- kanak khasnya (tetapi sebaliknya yang berlaku).

“Usaha (pendamaian) daripada rakyat (Palestin) itu ada tetapi pembunuhan (tetap lagi) berterusan.

“Ini maknanya sistem pertahanan dunia sudah rosak (apabila) keganasan itu diizinkan. Sekarang ada usaha perdamaian tetapi pembunuhan (tetap) berterusan,” katanya ketika ditemui media ketika Majlis Berbuka Puasa MADANI anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah, Bandar Tasek Mutiara dekat Nibong Tebal, semalam.

Mengulas lanjut, Anwar sekali lagi mengutuk sekeras-kerasya kekejaman terbabit dan bersedia memberikan bantuan kemanusiaan kepada negara itu.

“Kita akan berikan bantuan yang kita mampu dari aspek kebajikan dan kemanusiaan.

“Tapi apa yang sangat kita kesalkan (serangan) berlaku dalam bulan Ramadan yang mulia.

“Tidak ada langsung perikemanusiaan, jadi kita doa mudah-mudahan Allah SWT melindungi keluarga mangsa dan mencucuri rahmat ke atas para syuhada,” katanya.

Terdahulu, pihak berkuasa Gaza melaporkan bahawa lebih 330 rakyat Palestin terbunuh atau hilang dalam tempoh lima jam selepas Israel kembali melancarkan serangan di seluruh Semenanjung Gaza.

Serangan berlaku dalam keadaan sekatan masih dikenakan ke atas Gaza menyebabkan lebih 2.4 juta penduduk terputus bekalan keperluan asas.

Related Posts

Tiada usul undi tidak percaya terhadap PMX diterima – Johari

BANGI – Tiada usul undi tidak percaya dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikemukakan setakat ini, menjelang Sidang Dewan Rakyat yang dijadual bermula 5 Oktober depan. Yang di-Pertua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS

PUTRAJAYA – Pemansuhan syarat minimum 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi syarikat yang mengendalikan institusi pendidikan swasta (IPS) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) tidak semestinya menggugat masa depan pemilikan Bumiputera dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar