Kiulu dipilih laksana projek perintis data pelancongan digital luar bandar

KIULU – Daerah kecil Kiulu dipilih untuk melaksanakan projek perintis pengumpulan data pelancongan digital yang bertujuan mengukuhkan usaha pendataan ketibaan pelancong di kawasan luar bandar negeri Sabah.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai berkata, inisiatif ini merupakan langkah penting dalam meningkatkan kaedah pengumpulan, analisis, dan penggunaan data pelancongan yang lebih efektif.

“Pengumpulan data yang tepat amat penting untuk memahami keadaan sebenar dalam industri pelancongan luar bandar serta berasaskan komuniti dan merangka strategi yang sesuai.

“Kejayaan projek perintis di Kiulu akan membuka peluang untuk diperluaskan ke daerah lain di Sabah,” katanya semasa melancarkan aplikasi pengumpulan data pelancongan luar bandar Sabah di Pusat Informasi Pelancongan Kiulu, di sini, pada Isnin.

Joniston yang juga pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) berkata, projek ini seiring dengan usaha kerajaan untuk mengintegrasikan teknologi dalam sektor pelancongan luar bandar bagi memastikan ketibaan pelancong dapat direkodkan dengan lebih menyeluruh.

Katanya, pendigitalan data juga dapat membantu dalam mengenal pasti kawasan yang perlu diberi perhatian dan pelaburan untuk memperkembangkan industri pelancongan luar bandar.

“Sebanyak 269,154 pelawat direkodkan bermula Januari sehingga November 2024 dengan anggaran pendapatan keselurahan melebihi RM6.5 juta.

“Ia adalah data yang diperoleh daripada 85 pengusaha pelancongan komuniti dari 18 daerah yang telah menyerahkan data,” katanya.

Terdahulu dalam sesi taklimat, Pengarah Datablu, Dharmik Sheth berkata, aplikasi ini dipercayai merupakan inisiatif pertama di Malaysia yang memberi fokus khusus kepada pengumpulan data pelancongan luar bandar.

“Kiulu atau Sabah secara keseluruhannya, berpotensi menjadi model untuk diikuti dalam pembangunan pelancongan luar bandar melalui pengumpulan dan pengurusan data yang efektif.

“Aplikasi ini dibangunkan untuk memudahkan pengusaha pelancongan mengurus aktiviti mereka dengan lebih profesional melalui penjanaan e-resit automatik dan pengurusan aktiviti yang lebih sistematik,” jelasnya.

Related Posts

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri termasuk program Kebun Dapur, penubuhan pusat pemasaran hasil pertanian negeri serta pengurangan kebergantungan import makanan ternakan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan